Gagal Serang Malaysia, Ketua IS Asia Tertekan, Mahu Rekruit Anti-Pembangkang Jadi Ahli.

 On Wednesday, April 26, 2017  

Gagal Serang Malaysia, Ketua IS Asia Tertekan, Mahu Rekruit Anti-Pembangkang Jadi Ahli.

Gagal Serang Malaysia, Ketua IS Asia Tertekan, Mahu Rekruit Anti-Pembangkang Jadi Ahli.

Negara Islam (IS), atau ISIS, Syria mula hilang keyakinan pada ketua militan Malaysia yang gagal dalam operasi di negara ini.
Muhammad Wanndy Mohamed Jedi
Kegagalan Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, ketua IS Asia Tenggara yang berasal dari Melaka, termasuklah serangan di kelab malam tahun lalu, lapor The Malay Mail Online
"Beliau gagal menyusun serangan di Malaysia seperti dirancang. Ia menyebabkan pemimpin IS Syria dan Iraq marah," kata satu sumber perisikan.
Polis mengesahkan serangan di Movida, Puchong pada Jun lalu dirancang Muhammad Wanndy yang berada di negara konflik itu bersama ke.0
luarganya. 
Beliau juga dikaitkan dengan serangan pengganas di Jakarta, Januari 2016.
Polis menjangka pengganas IS sedang merancang serangan di Malaysia selewat-lewat hingga hujung tahun ini dan sedang merekrut militan baru.
Sasarannya, menurut akhbar itu lagi, pengguna media sosial, seperti Facebook dan WhatsApp, yang antikerajaan dan bersifat perkauman.
Berasal dari Durian Tunggal, pemuda 26 tahun itu dilaporkan "terdesak" untuk membuktikan wibawa dirinya di mata pemimpin atasan IS. 
Muhammad Wanndy juga dikatakan tertekan apabila makin ramai daripada 57 militan Malaysia di sana yang ingin kembali ke tanah air akibat kecewa.

Ulang siar entri Gagal Serang Malaysia, Ketua IS Asia Tertekan, Mahu Rekruit Anti-Pembangkang Jadi Ahli. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Gagal Serang Malaysia, Ketua IS Asia Tertekan, Mahu Rekruit Anti-Pembangkang Jadi Ahli. 4.5 5 Unknown Wednesday, April 26, 2017 Gagal Serang Malaysia, Ketua IS Asia Tertekan, Mahu Rekruit Anti-Pembangkang Jadi Ahli. Negara Islam (IS), atau ISIS, Syria mula hilan...


No comments:

Post a Comment