Hati-Hati Dengan Penipuan Makcik Ini Ketika Menunggu Di Stesen BAS, Keretapi - Ramai Dah Terkena!

 On Wednesday, April 19, 2017  

Hati-Hati Dengan Penipuan Makcik Ini Ketika Menunggu Di Stesen BAS, Keretapi - Ramai Dah Terkena!

Hati-Hati Dengan Penipuan Makcik Ini Ketika Menunggu Di Stesen BAS, Keretapi - Ramai Dah Terkena!

Makcik, kenapa menipu makcik?

Tular di laman sosial kisah seorang makcik yang melakukan penipuan bersiri di TBS dan beberapa stesen menunggu yang lain.

Beberapa orang yang pernah tampil menjadi mangsanya berkongskikan kisah berkenaan di media sosial sebagai memberi peringatan kepada orang awam agar tidak menjadi mangsa penipuan makcik tersebut.

Mulanya diceritakan oleh sahabat kepada Firdaus Wani





Rupa-rupanya ada mangsa lain..


Isnin lalu (281116), selepas lepak dengan member aku dekat KL Sentral, aku pun berkejaranlah pergi TBS untuk naik bas ke melaka. Waktu tu, ktm baru lepaslah kot, sebab masa aku turun tu, dah kosong. Next train pulak pukul 8:59 malam. Okaylah, aku berharap yang akan ada bas paling lewat pukul 10 malam. Aku pun, relax jerlah...tunggu sambil belek-belek phone. Dengar lagu...paling kurang pun goyang kaki...

Dalam pukul 9:02 malam tu, train pun sampai..time tu, orang dah tak ramai. Rezekilah aku dapat duduk. Sebab selalunya dari kl sentral nak ke TBS, train dia macam sardin sikit. Kalau dapat duduk, itu memang rezeki. Dalam setengah jam jugaklah nak sampai ke TBS. Aku dah tak senang duduk dah, sebab takut tiket habis ke apa. Sampai je TBS, laju aku melangkah. Terus beratur beli tiket.

Sampai kaunter tiket, orang tu kata, tiket ke melaka dah takde. last bas tadi pukul 9:30. Aku tengok jam, dah pukul 9:33...aiyooo...sikit jer lagi...pastu, aku tanyalah;
"Paling awal esok pukul berapa?" Dia pun tunjuk kat skrin; pukul 5:45 pagi bas kejora. Aku terpaksalah tanya kakak aku dulu, samada dia available ke tak kalau aku ambik bas pagi buta tu. Lepas, buat perkiraan semua, aku pun beli jugaklah tiket pagi tu. Time tu, jam baru pukul 10. Nak buat apalah ni...

Aku pusing TBS, cari loker untuk simpan beg. Yelah, takkan nak hangkut berat-berat..plus, semua orang suruh berhati-hati. Aku pun tak tahu bala apa yang datang, baiklah aku simpan barang dulu. Segala dak buku, baju tu, aku tinggal dalam loker...yang berharga tu aku bawaklah. Pusing naik atas, turun bawah...dah macam orang tak betul pun ada. Pastu, aku nampak ada meja food court, aku pun duduk lah. Nampak macam ramai orang. Okaylah kot...takdelah aku takut sangat...

Tiba-tiba didatangi makcik misteri



Tengah dok main wassep semua tu, tetiba aku disapa seorang mak cik ni. Masa tu, dah pukul 11 malam. Oh okay, mungkin dia nak teman borak ke apa. Aku pun berbaik sangka ajelah. Layan cerita dia...dalam hati macam taknak percaya, sebab dari gaya dia memang kontra dengan cerita. Penipu ni...tapi entahlah aku pun tak tahu benda apa yang buat aku mudah sangat percaya...(rasa macam nak tampar je diri sendiri time tu)

"Mak cik ni teacher MUET, ada krusus kat putrajaya Rabu ni. Pagi tadi mak cik sampai dari Penang, kononnya nak datang awal sebab nak jenjalan pusing KL. Masa mak cik keluarkan duit dekat Brickfield, mak cik kena ragut.  

Adalah dalam rm500 jugaklah duit mak cik melayang. Handphone mak cik pun dia kebas. Hilang semua IC, kad bank. Mak cik ada anak sorang kat Dubai, kerja oil and gas. Mak cik dok mengajar kat Penang. Pak cik dah meninggal. Sedara pun dah takde. Itu yang mak cik menangis sebab tak tahu nak mintak tolong siapa dah. 

Polis pun tak dapat nak tolong. Ini kalau adik ada duit, mak cik ingat nak pinjamlah sikit. Nanti mak cik bayar balik. Adik bagilah nombor telefon, no. akaun semua, supaya senang mak cik bayar semula. Mak cik nak duit buat beli tiket ke penang je. Mak cik kena buat IC baru sebelum pergi kursus..."

Aku pun tekun dengar. (Siotlah aku ni!!) Kesian jugaklah bila dengar cerita sadis dia. Dalam hati, ragu-ragu jugaklah. Betul ke mak cik ni, nampak macam selekeh tak macam cikgu pun. Pastu, aku kasi tau kawan aku. Dia pun cakap, kalau dapat lari, lari dari mak cik tu...masalahnya, aku dah pun kasi mak cik rm50!!! huargh!!!!! Mak cik tu, naik balik ke food court dan dia tunjukkan tiket yang dia beli.

Aku tanya dia, harga tiket berapa? Dia jawab, rm28.90. Masalahnya, dia tunjuk kat aku baki rm10 je. Aku tanya lagi, mana baki rm21?

Kat situ dah nampak dah dia macam berdolak dalih. Aku pun, ikutlah permainan dia. Dia cakap laparlah, nak makan nasi kandar bagai, aku pun kata, saya tak pernah makan sini. Dia pun blah pergi beli makanan. Then, dia datang balik, cakap nasi kandar tak best, dia nak makan kfc. Pulak dah! ikut mak ciklah kan.


Penipuan terbongkar

Tengah aku ekori mak cik tu ke bahagian perlepasan, aku ditahan sorang lelaki ni. Dahlah time tu aku tengah gigih nak ambik gambar 'lawa' mak cik tu dari atas ke bawah, dia pulak tahan. Aku sempat hantar dengan mata jerlah mak cik tu. (mak cik tu pakai selipar besar dari saiz dia, satu beg tangan hitam, satu beg sling kaler coklat dan satu beg plastik koyak gitu...)

Mak cik tu sempat berpesan ;

 
"Adik nanti delete gambar tu kalau mak cik dah bayar..." dan aku pun, tengoklah kalau mak cik bayar...kalau tidak saya simpan ajelah...

Lelaki itu tanya; 'Mak cik awak ke?" (puith! jadahnya mak cik aku nak datang sini memalam buta..pernah pulak mak cik aku nak tegur aku kan?)

 
'Eh, taklah! itu mak cik penipu tu...kenapa?' <--amboi statement menuduh betul! kes geram punya pasal! hahahaha

 
'Mak cik penipu?! tak faham?! tadi saya ada kasi dia duit untuk beli makanan dengan tambang teksi...'

Maka, aku pun ceritalah apa yang berlaku. Dan dia pun tukar cerita dengan aku. Lama kitaorang borak, baru dia kata; 'apa kata kita duduk..' aku kat situ dah nak tergelak dah. Macam cerita tragedi yang lawak pun ada...mana taknya, dua-dua kena pau!
(sumber : SofieAdie)

Ulang siar entri Hati-Hati Dengan Penipuan Makcik Ini Ketika Menunggu Di Stesen BAS, Keretapi - Ramai Dah Terkena! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Hati-Hati Dengan Penipuan Makcik Ini Ketika Menunggu Di Stesen BAS, Keretapi - Ramai Dah Terkena! 4.5 5 Unknown Wednesday, April 19, 2017 Hati-Hati Dengan Penipuan Makcik Ini Ketika Menunggu Di Stesen BAS, Keretapi - Ramai Dah Terkena! Makcik, kenapa menipu makcik? Tular ...


No comments:

Post a Comment