Masa TRW Lead Tak Cakap Pula Pengadil Kena Suap? - Netizens Mempertikaikan Annuar Musa Yang Tuduh Melulu!

 On Thursday, April 13, 2017  

Masa TRW Lead Tak Cakap Pula Pengadil Kena Suap? - Netizens Mempertikaikan Annuar Musa Yang Tuduh Melulu!

Masa TRW Lead Tak Cakap Pula Pengadil Kena Suap? - Netizens Mempertikaikan Annuar Musa Yang Tuduh Melulu!

Perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV (SSMIV) tegang malam tadi apabila kira-kira 1,000 penyokong pasukan Kelantan berkumpul kerana berang dengan keputusan pengadil perlawanan. 

Mereka mendakwa keputusan pengadil, Mohd Nazmi Nasaruddin, berat sebelah yang membawa kepada kekalahan Kelantan di tangan Johor Darul Takzim (JDT) 3-2, lapor Berita Harian.





Gambar oleh Izuddin Judin

Kumpulan itu melaung-laung kata tidak puas hati. 

Segelintir penyokong dilihat turut membakar suar dalam perhimpunan itu yang dikawal ketat oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Tiada insiden buruk berlaku. 

Kemarahan penyokong Kelantan berpunca daripada keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 oleh Gonzalo Gabriel Canbrera. 

Keputusan itu menyebabkan penyokong Kelantan mula membaling objek ke padang. Insiden menyebabkan penonton lain termasuk penyokong JDT terpaksa menunggu 30 minit dalam stadium sebelum boleh keluar.

Dalam pada itu, tinjauan di laman facebook Tan Sri Annuar Musa mendapati netizens mempertikaikan tindakan beliau yang menyalahkan pengadil perlawanan berikutan kekalahan Kelantan kepada JDT.

Masa lead tak salahkan pengadil pula



Wajah dan identiti pengadil yang dituduh berat sebelah juga giat disebarkan oleh penyokong-penyokong pasukan bola sepak Kelantan dengan niat untuk mengecam dan mengkritik tindakan pengadil yang dikatakan telah dibeli seterusnya membuatkan Kelantan kalah dalam perlawanan malam tadi. - Sozcyili.

Ulang siar entri Masa TRW Lead Tak Cakap Pula Pengadil Kena Suap? - Netizens Mempertikaikan Annuar Musa Yang Tuduh Melulu! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Masa TRW Lead Tak Cakap Pula Pengadil Kena Suap? - Netizens Mempertikaikan Annuar Musa Yang Tuduh Melulu! 4.5 5 Unknown Thursday, April 13, 2017 Masa TRW Lead Tak Cakap Pula Pengadil Kena Suap? - Netizens Mempertikaikan Annuar Musa Yang Tuduh Melulu! Perkarangan Stadium Sultan Mu...


No comments:

Post a Comment