Tak Logikla Jawapan Doktor Pakar Tentang Ketiadaan Kerusi Pelawat Di Hospital - Bagaikan Tegak Benang Basah..
Oleh : iium confession
Doktor Dan Kerabatnya Yang Defensive
Salam admin dan pembaca semua..
Berdasarkan tajuk diatas, saya tahu ia berjaya menjentik hati-hati para mereka yang terlibat dalam bidang tersebut. Tapi sabar, baca dulu apa yang saya hendak utarakan.
Kita memang dah muak dengan cerita-cerita viral yang memburuk-burukkan pihak hospital dan kakitangan mereka yang kebanyakannya adalah tidak benar dan penuh dengan salah sangka.
Dan kebanyakan tuduhan-tuduhan ini juga telah dipercerahkan oleh mereka-mereka yang ada capacity dalam hal tersebut samada doktor-doktor persendirian, para jururawat mahupun page-page yang dipercayai ramai seperti Medical Mythbuster Malaysia, The Dressar, Pseudoscience Watch dan sebagainya.
Mereka ini adalah yang berjuang bersungguh-sungguh membela dan menepis fitnah-fitnah yang dilemparkan. Bagus. Dan betul tindakan mereka itu kerana membetulkan apa yang salah dan menjelaskan apa yang keliru. Namun, kadangkala mereka ini tidak ubah seperti ‘Ibubapa yang mempertahankan anak-anak yang dah buat salah di sekolah’. Ye. Saya sedikit muak dengan jawapan balas dari mereka ini yang kadangkala (kadangkala ye bukan selalu) menegakkan benang yang basah.
Yang paling tidak masuk akal bagi saya adalah isu tiada tempat duduk di HOSHAS baru-baru ini yang viral, lantas seorang doktor pakar tampil memberi keterangan (ataupun kita boleh panggil alasan mungkin?) yang agak tidak munasabah bagi orang-orang biasa seperti saya yang tidak terlibat dalam bidang medikal. Reaksi yang diberikan seolah-olah terlalu mengikut SOP tanpa mengambil kira norma-norma hidup bermasyarakat, nilai-nilai kemanusiaan, dan keprihatinan.
Saya tidak mahu komen panjang, mungkin ada sebab tertentu pihak hospital menarik balik kemudahan tempat duduk tersebut (sebelum ni ada). Macam ni lah doktor-doktor sekalian, ye, memang ada segelintir pelawat yang over datang sekampung dan berkelah di wad-wad, namun bukan semua. Begitu juga dengan anda dan kakitangan hospital yang lain. Memang ada misi-misi yang berperangai buruk dan menyakitkan hati, namun bukan semua.
Sebagaimana anda kakitangan hospital marah bila anda diburuk-burukkan, begitu juga kami di pihak pesakit/waris pesakit juga terkesan apabila anda ‘menganjing-nganjing’ kami yang datang ramai-ramai untuk melawat pesakit. Tidak semua yang datang ramai-ramai itu tidak menjaga adab sebagai pelawat. Mana tahu itu mungkin kali terakhir mereka datang menjenguk waris yang sakit. Kemon laa, dah memang adat kita kan malah nabi pun menganjurkan menziarahi orang sakit.
Saya bukanlah nak menambah marak api yang sedang terbakar, cuma.. entahlah.. menyampah dengan pembelaan-pembelaan ini. Seolah-olah doktor dan misi takkan pernah buat silap dan tak mungkin buat silap! Berdasarkan pemerhatian saya, yang paling digeruni adalah saat-saat dimana para ibu bakal melahirkan anak. Terutamanya yang akan melahirkan anak pertama. Menakutkan!
Begitu banyak cerita terutamanya berkaitan dengan misi. Misi itu mulut begitu begini. Misi tu tersalah percaturan begitu begini. Orang dah nak terberanak dia kata belum jangan teran (contohhhh….yeeee saya tau anda misi2 lagi bijak dan lagi tahuuu bila sepatutnya kami perlu meneran). Namun diakhirnya misi-misi ini mendapat pembelaan melalui tulisan-tulisan mereka yang saya nyatakan di atas. Kesian. Kesian pada pesakit yang memang betul-betul dah terkena dengan misi-misi yang ‘TER’ berperangai tak elok ni dan mengalami trauma. Yeeee saya tau, terlebih penat kan?
Ye ok ok saya paham. Saya amat menyanjungi anda semua wahai doktor dan misi sekalian. Saya pernah berkampung sebulan di hospital menemani waris yang sakit di HOSHAS.
Dan saya amat menyenangi doktor-doktor dan misi-misi di wad surgical perempuan yang menjalankan tugas dengan baik, malah bertolak ansur dengan kami apabila mereka mengizinkan kami seramai 3 orang menemani waris kami yang baru keluar dari ICU ketika itu.
Terima kasih saya ucapkan. Akhir kata, seperti yang saya cakapkan tadi, janganlah terlampau membela kakitangan yang dah buat silap tu, alah memang betul pon kadang-kadang tu diorang ada buat silap. Lucu betul, macam mak pak membela anak yang nakal di sekolah.
Come'on, bukannya each and every doctors and nurse kat malaysia ni kau kenal hati dan budi masing2. Adalah sorang dua yang nakal, betul, percayalah. Ok sekian. Jangan melenting tau..peace.

Ulang siar entri Tak Logikla Jawapan Doktor Pakar Tentang Ketiadaan Kerusi Pelawat Di Hospital - Bagaikan Tegak Benang Basah.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment