Menteri Beri Amaran Jangan Hina Pemimpin Atau Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang.

 On Thursday, April 13, 2017  

Menteri Beri Amaran Jangan Hina Pemimpin Atau Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang.

Menteri Beri Amaran Jangan Hina Pemimpin Atau Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi amaran kepada kira-kira 22 juta pengguna internet di negara ini supaya mengelak membuat kenyataan palsu, mengaibkan negara dan pemimpin.

Gambar Hiasan
Timbalan Menteri, Datuk Jailani Johari, berkata kementerian itu tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan individu yang didapati melakukan kesalahan terbabit, malah bakal berdepan tindakan undang-undang, lapor Berita Harian.

Memetik laporan portal itu, Datuk Jailani Johari turut dilaporkan berkata pelbagai isu menjadi viral termasuk penghinaan terhadap negara dan pemimpin, mensabotaj ekonomi, selain penyebaran ideologi Daesh yang semakin berleluasa di internet.

"Kita beri amaran kepada pihak di luar sana, tidak ada seorang pun akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika mereka didapati melakukan kesalahan.

"Pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan sewajarnya dan pihak yang melakukan kesalahan akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), " katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Bual Bicara Isu Semasa 2017 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil, di sini, hari ini.

Jailani berkata, SKMM kini menyekat 32 laman web dan 72 pautan luar negara dipercayai berkaitan dengan aktiviti penyebaran fahaman militan Daesh setakat Mac lalu.

"Selain itu, kita juga melakukan tindakan sama (menyekat) ke atas laman dan pautan yang dikesan dalam bahasa Melayu dan Inggeris selepas mengenal pasti terdapat individu seawal usia 16 tahun hingga golongan profesional menyokong gerakan pengganas melalui platform terbabit.

"Jika dulu, aktiviti penyebaran fahaman pengganas adalah melalui laman Facebook dan aplikasi Whatsapp, kini mereka beralih menggunakan Telegram," katanya.

Ulang siar entri Menteri Beri Amaran Jangan Hina Pemimpin Atau Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Menteri Beri Amaran Jangan Hina Pemimpin Atau Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang. 4.5 5 Unknown Thursday, April 13, 2017 Menteri Beri Amaran Jangan Hina Pemimpin Atau Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang. Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi a...


No comments:

Post a Comment