Demi Cinta, Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima.
"Saya sanggup tidur di kaki lima ini kerana janji saya kepada suami," itulah kata yang keluar daripada mulut seorang wanita yang hidup sebagai gelandangan di bandaraya Kuala Lumpur.
Liza (bukan nama sebenar), merupakan seorang seroang ibu kepada dua orang cahaya mata, kerana kesempitan hidup dia dan suaminya kini hidup sebagai gelandangan di kaki lima.
"Walau seteruk mana kesusahan, walau semiskin dan sehina mana suami saya, selagi dia adalah suami saya, saya tempuhi demi janji saya.
"Biarpun perit untuk diterima tapi saya yakin mungkin belum sampai waktunya untuk kami menikmati sedikit rasa bahagia dan senang," ujar Liza ketika ditemui di Jalan Tunku Abdul Rahman oleh pihak Astro Awani.
Menurut Liza, pada lapan tahun lalu saya telah melafazkan janji cinta setia itu ketika menerima lamaran suaminya Husin (bukan nama sebenar) 8 tahun lalu.
Namun sejak dua tahun lalu, mereka mengalami kesempitan menyebabkan terpaksa memilih kaki lima sebagai potret hidup dan pada masa itu juga mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Puteri sulung mereka yang sentiasa girang ketika ditanya sebarang soalan kini berusia 6 tahun manakala putera mereka baru berusia setahun 7 bulan.
Wartawan sempat menanyakan soalan kepada "si peramah" kecil molek yang ketika itu sedang menulis sesuatu di atas serpihan kotak lusuh yang ditinggalkan gelandangan.
"Adik lukis apa?"
"Cikgu suruh lukis rumah, esok cikgu nak tengok," jawab intan (bukan nama sebenar dengan girang tanpa menoleh sedikit pun kerana asyik dengan kreativinya).
Jauh di sudut hati, tahukah anak kecil ini bagaimana suasana sekolah sebenarnya sedangkan menurut bapanya hanya kanak-kanak berasal dari kaki lima yang lain yang hanya menjadi rakan lebih 2 tahun lalu.
"Pernah satu ketika kami benar-benar tidak mempunyai wang untuk membayar sewa bilik.
"Di kaki lima inilah saya bawa isteri dan anak-anak tidur," ujar Husin yang sedikit sayu.
"Perkara pertama saya buat ketika mencelikkan mata selepas tidur ketika itu adalah untuk melihat isteri dan anak-anak saya.
"Saya bersyukur sangat-sangat kerana isteri saya masih dengan janjinya itu dan anak-anak saya sedikit pun tidak menangis kerana ketidakselasaan beratapkan langit malam itu," ujarnya lagi.
Luluh hati penulis melihat mahkota ketabahan yang diberi pada insan-insan ini.
"Kenapa masyarakat perlu berterusan menghukum saya Bang?" soal Husin kepada wartawan

Ulang siar entri Demi Cinta, Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment