Tindakan Orang Jepun Ini Akan Buat Kau Sentap!
Oleh : Amirul Sajadi
TINDAKAN ORANG JEPUN INI, AKAN BUAT KAU SENTAP.
13 Februari 2017, kita dikejutkan kematian lelaki warga Korea Utara, Kim Chol yang dikatakan 'abang' kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang dipercayai dibunuh dengan mengguna kain beracun oleh pembunuh upahan di klia2.
Perghh dah macam filem Hollywood je..dan semestinya kes pembunuhan berprofil tinggi ini akan menarik minat semua pihak termasuk media antarabangsa antaranya dari Jepun.
Bukan kisah pembunuhan yang aku nak ceritakan tetapi gelagat media/orang Jepun yang benar-benar menyentap aku dengan displin mereka menjaga kebersihan walaupun bukan di negara sendiri.
Biasalah kerja sebagai orang media ni, bila kau dapat suatu tugasan tu... Kau kena 'berkampung' sampai habis, even makan dan minum pun kau kena buat semuanya kat situ sebab takut terlepas berita...so sampah makanan dan minuman memang bersepah la.
Dari 5 pagi hingga 2 pagi keesokkannya, media sentiasa menanti status mayat Kim Chol di Hospital Kuala Lumpur...bila hari makin lewat, ramai yang sudah beransur pulang untuk berehat, yela esok awal pagi nak kena 'bertapa' lagi depan bilik mayat.
Selesai berkemas kelengkapan, aku perasan hanya kumpulan media Jepun je yang tidak terus pulang...mereka seperti mencari sesuatu dengan memegang plastik...lama aku perhatikan diorang, manalah tahu ada barang diorang yang hilang ke...tapi rupanya aku silap..diorang sebenarnya sedang kutip sampah di sekitar kawasan lepak media tadi.
Segannya aku, yela orang luar yang tolong kutipkan sampah...dan yang buat aku lebih tergamam, semua sampah yang diorang kutip tu, diorang bawa naik teksi dan aku pun tak pasti kemana diorang bawa semua sampah tu pergi. Hebat sungguh displin diorang!
Mati-mati aku ingatkan diorang hanya kumpulkan setempat agar esok senang pekerja pembersihan nak ambil...ala macam kita selalu buat tu..itu pun kalau kita rajin. Haha.
Bukan aku nak puji melangit diorang ni, tetapi aku 'salute' sebab diorang masih amalkan budaya dan displin yang tinggi walaupun berada di negara asing.
Mungkin kita, rakyat Malaysia boleh amalan cara diorang ni, jadikan ia contoh manalah tahu kita boleh jadi lebih baik dari Jepun dalam isu kebersihan kan..hehe.
P/S: Dalam hal ni bukan aku kata media tempatan ni buat kotor atau buang sampah merata-rata, media tempatan pun buang sampah di tempat yang disediakan tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah sikap orang Jepun yang kita boleh contohi bersama. 😊
Ulang siar entri Tindakan Orang Jepun Ini Akan Buat Kau Sentap! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment