Banyak Cabaran Rupanya Buat Guru Yang Mengajar Di Pendalaman Sarawak..

 On Saturday, June 17, 2017  

Banyak Cabaran Rupanya Buat Guru Yang Mengajar Di Pendalaman Sarawak..

Banyak Cabaran Rupanya Buat Guru Yang Mengajar Di Pendalaman Sarawak..

APA? ADA ADIK JUNIOR YANG NAK POSTING DALAM MASA TERDEKAT NI? Uh, bagus. Dipendekkan nasihat, search google cepat cepat. Dapatkan nombor PPD Baram, Sarawak. Call dan bagitahu nak join abang abang kakak cekgu ngajo di SK PA DALLIH, BARAM. Kawasan P3 ni sesuai untuk yang ingin dapatkan ketenangan dan memori manis di awal usia kerjaya.
BERAPA JAUH? Ala dik, janganlah berkira sangat. Jauh tak jauh sekolah ni dari Bandaraya Miri tu lebih kurang 400km yang ambil masa 11 hingga 12 jam laluan darat pakai trak pikap. 
Kalau malas sangat boleh ambil Maswing Twin Otter dari Miri ke (Bario atau Long Banga). Dua dua pekan ni kira dekatlah sikit dengan kampung ni. Dari pekan tu naiklah lagi trak pikap yang ambil masa satu (Bario) hingga tiga jam (Long Banga). Tadi cakap hero. Tapi sini alhamdulillah la tak perlu naik sampan bot perahu semua tu bagi yang takut air. Tidur je dari Miri pagi tu, bangun bangun dah sampai depan kuaters malam tu. Heheks.
TEMPAT OKEY? Heyyu, kalau tak okey takkan kami ni boleh steady je hidup walaupun ada yang berduka lara jauh dengan pasangan jauh dengan keluarga. Heks. Tempat ni sejuk tak kira siang atau malam. Kalau nak lagi sejuk, malam malam tu tidur buka kipas tala kat katil macam hosmet abang buat. Kadar masa untuk berpeluh pun agak lama kalau ada aktiviti luar. Kecualilah adik pergi joging patploh raun bawah terik matahari. Untuk pengetahuan, tempat ni sejuk sebab terletak kat tanah tinggi. Ala, macam Cameron Highland tu. Kalau ikut bacaan altimeter jishok Bro Limin, 900+ meter dari aras laut. Boleh bayang?
SEKOLAH? Ok, sekolah ni namanya Sekolah Kebangsaan Pa Dallih. Kod sekolah YBB4347. Semua murid ada dalam setiap darjah. Paling ramai tujuh orang sekelas dan yang paling sedikit dua orang; calon UPSR tahun ni (2017). Murid semua bagus, kuat lari, taat kepada PPM dan cekgu. 
Masalah disiplin tu adalah sikit sikit tapi masih boleh dikawal. Asalkan worden tu tegas dan ada niat kenapa dia hukum atau bagi amaran berupa sentuhan manja rotan. Oh ya, kat sini pun ada asrama. Bayangkan seawal usia tujuh tahun pun bebudak sini dah taf masuk asrama berdikari curi ubat gigi kawan sikit sikit untuk teruskan idup. Makan kat asrama, ikut menu yang dimasak oleh tukang masak. Kadang kadang cecekgu pun ada makan di asrama kalau ada aktiviti sekolah. 
Paling best mungkin menu feveret, kari ayam kaw kaw lepas makan boleh tidur. Haa, tu nama panjang. Sumber air sumber elektrik? Okey kalau bab air mandi basuh baju basuh pinggan semua guna air sungai. Dari empangan, ada salur paip terus ke rumah. Jadi tak perlu pagi pagi muka bengkak bertaik gigi bawa tuala pergi jalan kaki tepi sungai untuk mandi. 
Air sungai ni dipengaruhi oleh hujan. Semakin lama hujan di hulu semakin keruhlah air. Tapi air keruh banyak protein. Heks. Erm selain air sungai, air hujan pun jadi salah satu sumber air kat sini. Maka mengalirlah air hujan timpa zink lalu masuk ke gutter terus ke tangki biru beso bapak tu untuk kandung. Nak pakai boleh buka paip air terus mengalir. Susah lagi? Manakala bagi bekalan letrik, ada generator. Dulu adalah catu catu, sekarang dah doploh patjam. 
Ada seorang brader berwibawa yang akan pastikan minyak cukup, generator diselangpakai untuk elak rosak. Tapi ada jugak rosak kadang kadang dan itu dinamakan sudah takdir. Tambahan lagi, sejak awal 2017 ni, pencawang untuk line telefon pun sudah diaktifkan. Cuma yang jadi perit sikit hati ni bila minyak tower tu habis. Masa tu baru sedar balik bahawa setiap hasrat tu bukan senang untuk direalisasikan. Hasrat ap maksud abang? Hasrat untuk telepon orang orang tersayang yang jauh di seberang laut sana tu tiap tiap masa bila line tak ada. Lepas tu ada lah positifkan diri dengan ayat ada hikmah semua yang berlaku ni.
AGAMA? Hm okey. Ini memang benda sensitif sikit tapi abang nak share jugak. Kat sini majoriti atau boleh dikatakan semuanya penganut agama kristian (SIB). Kecualilah beberapa orang yang masuk Islam atas dasar perkahwinan. Tapi yang bestnya, walaupun kita ni agama apa pun, kalau pandai bawa diri, pandai hormat agama orang, benda tu semua boleh setel. Orang sini pun dah boleh faham budaya dan perangai kami. Kami pun boleh faham budaya dan perangai meka orang. Heheks. 
Erm habis tu macam mana dengan restoran dan kedai makan untuk orang Islam? Ha! Kat sini kena pandai main campak campak bawang halia garam. Sebab yang Islam kena masak sendiri. Macam abang, ada strategi. Tinggal dengan hosmet yang pandai masak. Hati pun senang, perut pun kenyang. Tapi adik adik jangan tiru, tak baik. Kesian kat kawan kahkah. Barang makan (kering dan basah) biasanya beli kat Miri. Letak dalam box sekali dengan ais, sampai sini masukkan dalam freezer. Senang bukan?
PENDUDUK? Majoriti Orang Kelabit. Salah satu golongan Orang Ulu yang merupakan bangsa minoriti di Sarawak ni. Beberapa kampung termasuk sini lah, orang Kelabit ini ada. Budaya, fahaman, dan cara hidup mereka ni, sangat steady. Nak tau lebih boleh datang dulu. Mereka jenis yang baik, tak berkira, rajin berburu dan bersawah, pandai berbisnes, lawak, hebat, kuat dan pelbagai jenis kata adjektif lagi. 
Pendek kata, mereka memang steady. Ayat yang mudahnya, kena belajar hormat orang untuk orang hormat kita ha gitew. Erm di kampung ni memang ada rumah panjang. Ada juga rumah sebijik sebijik. Tapi rumah panjang Kelabit dengan rumah panjang Iban ada lain sikit struktur pelannya. Nak tau lebih lanjut, adik adik boleh google. Bukankah dunia ni hujung jari disamping dunia pun dah hujung hujung dah?
KEMUDAHAN? Kerajaan tak tutup mata, dik. Mereka tau, selagi ada orang kat tempat tu dia akan cuba berikan yang terbaik. Tapi kena undilah walaupun undi adalah rahsia. Sekolah ni ada satu blok akademik dan beberapa kuaters staf. Ada yang tinggal dengan keluarga dan ada yang kongsi tinggal sama sama kawan ada juga yang satu kuaters tu dia sorang ops. Tapi jangan bimbang, selagi ada tempat berteduh maka bersyukurlah. Dalam masa yang sama, doakan jugaklah pihak berwajib ada perasaan kesian dan beri peruntukan lebih untuk sekolah ni. 
Kesian mereka yang dapat kurang keselesaan tapi diserang dengan keinginan kualiti pencapaian yang ada penanda arasnya. Yang kedua, sekolah ni ada padang yang besar cukup untuk helikopter mendarat dengan bebas dari hujung ke hujung. Selalunya helikopter FDS lah yang akan parking situ tapi bukan selalu. Tengok, kan dah ada pengalaman tengok helikopter dekat dekat! Hehe, selain tu sekolah ni juga ada gelanggang bola tampar. 
Permainan bola tampar ni boleh dikatakan permainan feveret jugak selain bola sepak. Cikgu cikgu akan campur sikit dengan orang kampung main petang petang sambil disokong oleh murid yang ada di asrama! Meriah bukan? Yeap, selain main petang petang, kalau ada majlis atau sambutan pun, bola tampar ni jadi salah satu acara wojib untuk dimainkan. Seterusnya, sebelah kuaters guru ni yakni kuaters yang abang diami ni pula ada sebuah klinik yang dikendalikan oleh seorang MA yang perkasa. Jangan terkejut kalau ada nampak bro pakai baju putih tengah angkat tiga tong gas sekaligus. 
Yeap, dialah Dresa kat sini. Orang kampung semua respek sama dia. Kami pun respek sebab kualiti kerja dia memang ngam dengan piawaian KKM. Oh ya, dia baru jugak dapat anak so dia dah digelar papa bro. Tahniah Dresa! Kemudahan kedai runcit, kedai kopi untuk lepak, dewan badminton pun turut ada di sini. Barang barang subsidi juga ada dijual dengan harga yang telah ditetapkan. Harga barang? Ha, harga barang ada lah mahal sikit setelah dicampur tolak dengan kos yang tinggi untuk bawa barang dari jauh, upah drebar bawak barang jualan, keadaan jalan yang mencabar dan banyak lagi.
APA YANG SPECIAL? Adik, di dunia ni kalau asyik nak yang special je memang dicop kufur nikmat. Tapi apa yang boleh abang cakap, pengalaman la. Pengalaman. Yeap pengalaman. Kalau main dengo je cerita orang, bila nak merasa? Haaa gitu. Jadi, gunalah kesempatan yang ada ni untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Sampai sini dulu lah. Abang pun nak tidur sekejap baru lepas sahur.
5.15 am 19 Ramadhan 1438H.
p/s : Doakan abang dapat pindah dekat dengan yang tersayang. Terima kasih semua pihak; keluarga, isteri, sahabat, kawan dan lain lain yang pernah doakan abang untuk terus maju dan bertabah demi rezeki halal. Always love Pa' Dalih! 

Ulang siar entri Banyak Cabaran Rupanya Buat Guru Yang Mengajar Di Pendalaman Sarawak.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Banyak Cabaran Rupanya Buat Guru Yang Mengajar Di Pendalaman Sarawak.. 4.5 5 Unknown Saturday, June 17, 2017 Banyak Cabaran Rupanya Buat Guru Yang Mengajar Di Pendalaman Sarawak.. Oleh : Saiful Bahrin Zainuddin APA? ADA ADIK JUNIOR YANG NAK P...


No comments:

Post a Comment