Pegawai Akan Kaji Jumlah Buku Yang Dibawa Murid Ke Sekolah - Hanya 10 Buah Buku Sahaja.

 On Monday, July 24, 2017  

Pegawai Akan Kaji Jumlah Buku Yang Dibawa Murid Ke Sekolah - Hanya 10 Buah Buku Sahaja.

Pegawai Akan Kaji Jumlah Buku Yang Dibawa Murid Ke Sekolah - Hanya 10 Buah Buku Sahaja.

Oleh : Bernama
Pegawai dari Kementerian Pendidikan akan pergi ke beberapa sekolah rendah di negara ini untuk mengkaji jumlah buku yang dibawa murid setiap hari ke sekolah, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata langkah itu dilakukan bagi memastikan jumlah buku yang dibawa murid sekolah tidak terlalu berat seterusnya membebankan mereka setiap hari.
Gambar - Bernama
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata jumlah  buku latihan tambahan yang dibawa murid itu bergantung kepada guru serta sekolah dan kebanyakan aduan yang diterima membabitkan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
“Ini kerana dikatakan ramai yang mendakwa  guru di sekolah terbabit banyak memberikan buku latihan tambahan, bagaimanapun saya tidak pasti dakwaan itu sama ada benar atau tidak dan maklumat lengkap mengenai masih belum peroleh,” kata Mahdzir.
Beliau diminta mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai bebanan buku tambahan yang terpaksa dibawa pelajar sekolah rendah di negara ini.
Katanya terdapat garis panduan berhubung jumlah buku dan berat yang dibenarkan terhadap murid dan jumlah maksimum yang dibenarkan adalah 10 buah buku sahaja.

Ulang siar entri Pegawai Akan Kaji Jumlah Buku Yang Dibawa Murid Ke Sekolah - Hanya 10 Buah Buku Sahaja. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pegawai Akan Kaji Jumlah Buku Yang Dibawa Murid Ke Sekolah - Hanya 10 Buah Buku Sahaja. 4.5 5 Unknown Monday, July 24, 2017 Pegawai Akan Kaji Jumlah Buku Yang Dibawa Murid Ke Sekolah - Hanya 10 Buah Buku Sahaja. Oleh : Bernama Pegawai dari Kementerian Pendi...


No comments:

Post a Comment