10 Pelajar Perempuan Yang Membuli Kerana Berebutkan Lelaki Yang Tak Handsome Bakal Digantung Sekolah.
Kementerian Pendidikan akan menggantung persekolahan 10 pelajar perempuan yang terbabit dalam kejadian membelasah seorang rakan mereka di padang sekolah menengah di Kunak, Sabah, 29 Julai lalu bagi satu tempoh ditetapkan kemudian selepas polis selesai menyiasat kejadian itu, lapor Kosmo.
Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kes itu, namun menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan bagi memastikan sama ada ia membabitkan perbuatan buli atau ada sebab lain.
Gambar pembuli |
"Kita tidak mengenakan tindakan buang sekolah terhadap 10 pelajar perempuan yang membelasah rakan mereka pada 29 Julai lalu, atas alasan kumpulan pelajar terbabit juga mempunyai hak mendapatkan pendidikan.
"Namun, mereka semua akan digantung persekolahan masing-masing bagi satu tempoh ditetapkan selepas selesai proses siasatan polis," katanya.
Beliau berkata, jika kesalahan yang dilakukan 10 pelajar terbabit disifatkan sebagai serius, Kementerian Pendidikan akan melakukan proses intervensi untuk melakukan pemulihan.
Dalam video kejadian yang tersebar pada 31 Julai lalu, sekurang-kurangnya 10 pelajar perempuan membelasah mangsa yang dipercayai tidak puas hati kerana berebut seorang pelajar lelaki.
Turut disebarkan, gambar sembilan pelajar terbabit menunjukkan isyarat lucah jari tengah ke arah kamera.
"Sekiranya tahap keseriusan kes adalah melampau, mereka semua boleh dipindahkan ke sekolah pemulihan akhlak seperti di Sekolah Henry Gurney," katanya.
Ulang siar entri 10 Pelajar Perempuan Yang Membuli Kerana Berebutkan Lelaki Yang Tak Handsome Bakal Digantung Sekolah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment