Viral Temuduga Kerja Bos 'Gatal', Saya Saja Nak Uji Je Kata Majikan Tapi Netizens Tak Percaya!

 On Thursday, August 10, 2017  

Viral Temuduga Kerja Bos 'Gatal', Saya Saja Nak Uji Je Kata Majikan Tapi Netizens Tak Percaya!

Viral Temuduga Kerja Bos 'Gatal', Saya Saja Nak Uji Je Kata Majikan Tapi Netizens Tak Percaya!

Sebelum ini media sosial kecoh dengan beberapa gambar screenshot mesej perbualan WhatsApp di antara individu yang memohon kerja dengan seorang majikan.

Mesej-mesej itu disebarkan dengan peringatan agar bakal graduan yang mahu memohon pekerjaan berhati-hati dengan majikan 'buaya darat' terutamanya dikalangan graduan perempuan.

Nak yang open minded, tak kekok dengan lelaki;




Taknak hipokrit, suka seks activity kata majikan;




Rakaman perbualan itu kemudiannya disebarkan di Facebook dan mengundang kecaman orang ramai, malahan ada yang bertindak menghubungi majikan tersebut untuk memberikan amaran dan kritikan di atas sikapnya semasa temuduga pekerja.

Ada juga yang merasa kesal akan sikap yang ditunjukkan oleh majikan itu kerana memakai songkok dalam masa yang sama menulis perkara yang tidak elok di aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, portal Mstar telah menghubungi majikan yang dimaksudkan dan majikan itu memberikan penjelasan tindakan beliau itu adalah sekadar mahu menguji bakal pekerja yang akan beliau ambil bekerja kelak.

Sekadar nak uji je

Lelaki berusia 54 tahun dan menetap di Melaka itu yang mahu dikenali sebagai Zul berkata apa yang dilakukannya hanyalah satu taktik untuk menguji sikap calon pekerja yang mahu bekerja di syarikatnya sebelum dipanggil untuk sesi temuduga sebenar. 
“Apa nak buat, memang silap saya, cara saya agak kasar dan tak sopan, tapi saya sebenarnya bukan jenis suka cakap-cakap lucah macam tu. 
“Niat hati nak ‘temuduga’ bermain kata-kata, tak sangka pula saya sendiri yang terkena bila dia viralkan gambar dan perbualan kami berdua,” katanya kepada portal Mstar.
Menurut Zul lagi, ketika posting tersebut mula tular, isterinya juga telah lari dari rumah kerana terkejut dan marah dengan tindakannya.
Setelah menenangkan isterinya dan menjelaskan perkara sebenar, barulah isteri dan ahli keluarga yang lain mengabaikan posting tular tersebut.
“Pertama kali dalam hidup saya ‘siasat' bakal pekerja dengan cara macam ni.
“Saya sebenarnya fobia setiap kali nak ambil pekerja sebab dah banyak kali kena tipu, ramai yang tak jujur mereka tiru tandatangan saya, tipu duit saya dan macam-macam lagi,” katanya.
Gambar - Mstar
Zul mendakwa, walaupun dia sudah dapat mengesan identiti wanita yang dipercayai menyebarkan posting itu, dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.
Dia bagaimanapun sedang mempertimbangkan keperluan menukar nombor telefon disebabkan nombornya telah tersebar dan diserang dengan panggilan serta mesej maki hamun.
“Saya sudah minta maaf, cuma saya terfikir apa motif dia tak viralkan sepenuhnya mesej perbualan kami.
"Mungkin kalau dia viralkan semua, ada netizen yang dapat faham kenapa saya buat macam tu berbanding semua orang terus hentam saya tanpa tahu situasi sebenar,” katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizens tidak mempercayai alasan yang dikemukakan oleh pihak majikan dan beranggapan majikan sepatutnya mengakui kesilapan diri kerana kantoi dengan bukti. - Sozcyili.

Ulang siar entri Viral Temuduga Kerja Bos 'Gatal', Saya Saja Nak Uji Je Kata Majikan Tapi Netizens Tak Percaya! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Viral Temuduga Kerja Bos 'Gatal', Saya Saja Nak Uji Je Kata Majikan Tapi Netizens Tak Percaya! 4.5 5 Unknown Thursday, August 10, 2017 Viral Temuduga Kerja Bos 'Gatal', Saya Saja Nak Uji Je Kata Majikan Tapi Netizens Tak Percaya! Sebelum ini media sosial kecoh d...


No comments:

Post a Comment