Dilemma Parking OKU Yang Ramai Orang Tidak Sedar..
Oleh : Ronasina
Isu wanita parking di tempat OKU
Saya ada menonton video tular wanita yang marah kepada pegawai penguatkuasa sambil memegang pengunci stereng. Wanita itu marah kerana tayar keretanya diragum di parkir Orang Kelainan Upaya (OKU). Dia mendakwa dia membeli makanan untuk suaminya yang OKU.
Saya tak punya idea sepenuhnya apa situasi sebenar kerana ia hanya klip video yang boleh mengundang pelbagai tafsiran. Saya cuma hendak menceritakan pengalaman sendiri semasa membawa anak saya yang OKU Terlantar.
Saya pernah berhadapan situasi di mana pengawal keselamatan sebuah menara tidak membenarkan saya menggunakan parkir OKU kerana saya bukan OKU. Yang OKU adalah anak saya. Di sinilah saya rasa punca mengapa terjadinya pertengkaran 'macam orang gila' berlaku kerana banyak perkara yang tidak jelas atau kesedaran kita tak cukup.
Sudahlah parkir penuh, parkir OKU pun adakalanya diambil oleh orang yang bukan OKU, parkir VIP jangan haraplah kita nak dapat, malah parkir khas untuk mereka yang mempunyai bayi (sesetengah pasaraya menyediakan parkir khas sebegini) dicuri oleh orang yang tiada bayi kecil.
Saya pernah bertengkar macam orang gila sama seperti wanita itu. Orang sihat seperti kami tidak ingin masuk parkir khas OKU tetapi alasan dan tindakan pengawal keselamatan yang berlindung di sebalik alasan 'saya cuma menjalankan tugas' membuat kita sakit hati.
Mahu saya tak mengamuk jika saya diminta menurunkan anak saya dengan kerusi rodanya di luar lobi kemudian saya kena tinggalkan anak saya tanpa sesiapa awasinya untuk cari parkir. Itu yang keluar pertengkaran bodoh seperti, "Engkau nak jaga ke anak aku kat sini? Kau jamin keselamatan dia?" Betul.
Kalau anda rakam video saya pasti anda akan kata saya bodoh dan gila. Pada waktu lain pula saya melihat beberapa parkir OKU di pasaraya terpaksa diletakkan rantai atau kon bagi menghalang mereka yang tidak berkenaan masuk parkir.
Bagaimana agaknya pemandu OKU hendak keluarkan kereta rodanya dan pergi keluarkan kon atau rantai, kemudian masuk semula ke dalam keretanya lalu masuk ke petak parkir.
Seperti saya jelaskan di awal tadi, saya tidak tahu situasi sebenar dalam video tersebut dan tidak adil untuk saya menyalahkan pihak mana dan menyebelahi pihak mana.
Saya menceritakan pengalaman sendiri. Dan saya percaya dalam apa juga yang dikatakan peraturan, ruang untuk bertimbang rasa menggunakan budibicara sangat perlu.
Memanglah 'saya cuma menjalankan tugas sahaja' tetapi ia mesti hadir dengan penuh tanggungjawab semasa menggalasnya.
Pada masa yang sama masyarakat juga perlu punya kesedaran untuk tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. Ini perkara paling asas untuk kita amalkan jika kita ini masyarakat maju.
Kalau itu tiada, jelaslah masyarakat kita ini sedang sakit tenat. Lebih tenat kita rakam video, kongsi dan kutuk.
Nota : Parkir untuk VIP ada masalahkah?
Isu wanita parking di tempat OKU
Saya ada menonton video tular wanita yang marah kepada pegawai penguatkuasa sambil memegang pengunci stereng. Wanita itu marah kerana tayar keretanya diragum di parkir Orang Kelainan Upaya (OKU). Dia mendakwa dia membeli makanan untuk suaminya yang OKU.
Gambar - Google |
Saya pernah berhadapan situasi di mana pengawal keselamatan sebuah menara tidak membenarkan saya menggunakan parkir OKU kerana saya bukan OKU. Yang OKU adalah anak saya. Di sinilah saya rasa punca mengapa terjadinya pertengkaran 'macam orang gila' berlaku kerana banyak perkara yang tidak jelas atau kesedaran kita tak cukup.
Sudahlah parkir penuh, parkir OKU pun adakalanya diambil oleh orang yang bukan OKU, parkir VIP jangan haraplah kita nak dapat, malah parkir khas untuk mereka yang mempunyai bayi (sesetengah pasaraya menyediakan parkir khas sebegini) dicuri oleh orang yang tiada bayi kecil.
Saya pernah bertengkar macam orang gila sama seperti wanita itu. Orang sihat seperti kami tidak ingin masuk parkir khas OKU tetapi alasan dan tindakan pengawal keselamatan yang berlindung di sebalik alasan 'saya cuma menjalankan tugas' membuat kita sakit hati.
Mahu saya tak mengamuk jika saya diminta menurunkan anak saya dengan kerusi rodanya di luar lobi kemudian saya kena tinggalkan anak saya tanpa sesiapa awasinya untuk cari parkir. Itu yang keluar pertengkaran bodoh seperti, "Engkau nak jaga ke anak aku kat sini? Kau jamin keselamatan dia?" Betul.
Kalau anda rakam video saya pasti anda akan kata saya bodoh dan gila. Pada waktu lain pula saya melihat beberapa parkir OKU di pasaraya terpaksa diletakkan rantai atau kon bagi menghalang mereka yang tidak berkenaan masuk parkir.
Bagaimana agaknya pemandu OKU hendak keluarkan kereta rodanya dan pergi keluarkan kon atau rantai, kemudian masuk semula ke dalam keretanya lalu masuk ke petak parkir.
Seperti saya jelaskan di awal tadi, saya tidak tahu situasi sebenar dalam video tersebut dan tidak adil untuk saya menyalahkan pihak mana dan menyebelahi pihak mana.
Saya menceritakan pengalaman sendiri. Dan saya percaya dalam apa juga yang dikatakan peraturan, ruang untuk bertimbang rasa menggunakan budibicara sangat perlu.
Memanglah 'saya cuma menjalankan tugas sahaja' tetapi ia mesti hadir dengan penuh tanggungjawab semasa menggalasnya.
Pada masa yang sama masyarakat juga perlu punya kesedaran untuk tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. Ini perkara paling asas untuk kita amalkan jika kita ini masyarakat maju.
Kalau itu tiada, jelaslah masyarakat kita ini sedang sakit tenat. Lebih tenat kita rakam video, kongsi dan kutuk.
Nota : Parkir untuk VIP ada masalahkah?
Ulang siar entri Dilemma Parking OKU Yang Ramai Orang Tidak Sedar.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment