Fitnah Econsave Tak Jual Produk Melayu, Dua Status Facebook Viral Kini Diburu..
SEMASA | Pada Julai lepas, Jalen melaporkan produk mereka tidak akan berada di rangkaian pasaraya Econsave berikutan tidak mencapai kata sepakat berhubung syarat pembekalan.
Makluman perkara itu disampaikan kepada pengguna menggunakan Facebook rasmi syarikat itu.
Bagaimanapun hal itu nampaknya telah disalahfaham oleh sesetengah pihak yang beranggapan Econsave memboikot barangan bumiputera.
Ia dilaporkan oleh agensi BERNAMA pagi tadi.
Baca berita penuh dibawah ini;
Fitnah tak jual produk Muslim : Pasar raya Econsave lapor polis.
Pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) semalam membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fitnah mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk-produk Muslim dan Bumiputera.
Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam, yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada 1.15 tengah hari semalam, berkata pihaknya mengambil serius tuduhan fitnah terhadap Econsave di Facebook dua pihak berkenaan.
“Econsave merupakan salah satu pasar raya yang banyak menjual produk-produk Bumiputera dan Muslim seperti kicap Tamin, kicap Adabi, kicap Kipas Udang, produk Faiza, kicap Enaq, Minyak Saji dan banyak lagi produk-produk lain.
“Selain itu, pihak Econsave juga menyertai program sesi padanan perniagaan anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang memberi platform kepada usahawan-usahawan bertemu dengan pasar raya-pasar raya besar dan peruncitan untuk memasarkan produk mereka,” kata beliau ketika dihubungi, di sini hari ini.
Selain itu, pihaknya turut memberi tempoh 48 jam kepada kedua-dua akaun Facebook itu untuk menarik balik dakwaan itu serta memohon maaf atas maklumat palsu yang ditularkan di media sosial.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan laporan polis telah dibuat.
“Ada terima satu laporan dan ia dirujuk ke pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” kata beliau. - 3 September 2019(BERNAMA)

Contoh pihak yang sebarkan salah faham;
Ini kerana terdapat pihak-pihak yang menyebarkan info kononnya Econsave memboikot barangan bumiputera.
Lalu kumpulan ini melancarkan kempen boikot Econsave. Seterusnya kempen tersebut menjadi viral dan memberikan kesan terhadap rangkaian pasaraya itu kerana dianggap rasis.
Yang tersebar di sosmed;
Econsave bagaimanapun telah membuat penafian dan laporan polis bagi menyelesaikan kesan fitnah yang terpalit ke atas syarikat itu semalam.
Ia dilaporkan oleh agensi BERNAMA pagi tadi.
Baca berita penuh dibawah ini;
Fitnah tak jual produk Muslim : Pasar raya Econsave lapor polis.
Pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) semalam membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fitnah mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk-produk Muslim dan Bumiputera.
Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam, yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada 1.15 tengah hari semalam, berkata pihaknya mengambil serius tuduhan fitnah terhadap Econsave di Facebook dua pihak berkenaan.
“Econsave merupakan salah satu pasar raya yang banyak menjual produk-produk Bumiputera dan Muslim seperti kicap Tamin, kicap Adabi, kicap Kipas Udang, produk Faiza, kicap Enaq, Minyak Saji dan banyak lagi produk-produk lain.
“Selain itu, pihak Econsave juga menyertai program sesi padanan perniagaan anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang memberi platform kepada usahawan-usahawan bertemu dengan pasar raya-pasar raya besar dan peruncitan untuk memasarkan produk mereka,” kata beliau ketika dihubungi, di sini hari ini.
Selain itu, pihaknya turut memberi tempoh 48 jam kepada kedua-dua akaun Facebook itu untuk menarik balik dakwaan itu serta memohon maaf atas maklumat palsu yang ditularkan di media sosial.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan laporan polis telah dibuat.
“Ada terima satu laporan dan ia dirujuk ke pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” kata beliau. - 3 September 2019(BERNAMA)
Ulang siar entri Fitnah Econsave Tak Jual Produk Melayu, Dua Status Facebook Viral Kini Diburu.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment