Wanita 'Stereng Lock' Serang Penguatkuasa, Polis Buka Kertas Siasatan.
Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang wanita yang didakwa bertindak biadab terhadap seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam kejadian di Jalan Puteri, Bandar Puteri, Puchong dekat sini kelmarin.
Gambar - Utusan |
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, tindakan itu dibuat susulan pihaknya menerima laporan polis daripada anggota MPSJ semalam dan wanita terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Selain wanita terbabit, kita turut akan memanggil anggota penguat kuasa terlibat bagi siasatan lanjut.
“Sama ada sebarang tangkapan dibuat atau tidak kepada wanita itu, ia bergantung kepada keterangan yang diambil oleh kedua-dua mereka,” katanya semalam.
Kelmarin, video berdurasi satu minit 37 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak biadab terhadap anggota pihak berkuasa tempatan, dipercayai penguat kuasa MPSJ.
Berdasarkan rakaman video, wanita terbabit memegang sebatang pengunci stereng kereta dan menghalakannya ke arah penguat kuasa tersebut.
Difahamkan, wanita berkenaan berang apabila keretanya dikunci oleh pihak berkuasa selepas dia meletakkannya bukan di tempat meletak kenderaan untuk membeli makanan di restoran berdekatan.
Wanita itu menjerit-jerit memarahi penguat kuasa berkenaan menjadikan alasan membelikan makanan untuk suaminya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Berikutan itu, anggota berkenaan dikatakan meminta wanita itu menunjukkan kad OKU sebagai bukti, namun dia gagal berbuat demikian.
Sumber : Utusan Online
Ulang siar entri Wanita 'Stereng Lock' Serang Penguatkuasa, Polis Buka Kertas Siasatan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment