Bancian Jumlah Sebenar Warga Asing Di Malaysia Akan Dibuat Selepas GE14.

 On Monday, March 26, 2018  

Bancian Jumlah Sebenar Warga Asing Di Malaysia Akan Dibuat Selepas GE14.

Bancian Jumlah Sebenar Warga Asing Di Malaysia Akan Dibuat Selepas GE14.

Oleh : Bernama

Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) dan Sekretariat Khidmat Imigran (SKI) bakal menjalankan Program Bancian Warga Asing bagi mendapatkan jumlah sebenar warga asing dan pelarian di negara ini.

Pengasas SKI Amir Pasirin berkata program berkenaan yang akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu bertujuan mengumpul data dan maklumat warga asing dan pelarian, sama ada yang memasuki ke negara ini secara sah ataupun haram.

Menurut beliau, hasil bancian dapat membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian terhadap implikasi negatif lambakan warga asing di negara ini.

"Setakat ini, terdapat hampir 700 koordinator SKI dan PPPMM di seluruh negara dan mereka bergerak bagi mengumpul data tersebut sekaligus menjayakan program bancian ini.

"Mereka (koordinator) akan berjumpa dengan kesemua warga asing dan pelarian untuk mengetahui jumlah sebenar warga asing yang bukan sahaja masuk secara sah tetapi juga pendatang asing tanpa izin (PATI),"
katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara SKI dan PPPMM di sini pada Ahad.

Menurut Amir, program bancian yang dirangka SKI itu merupakan sebahagian daripada Program Gerak Kerja Kesedaran Isu Lambakan Warga Asing di Malaysia yang dilancarkan bersama PPPMM bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu lambakan warga asing.

"Hasil bancian akan diserahkan kepada kerajaan untuk dibentangkan di Parlimen kelak, sekaligus sebagai suatu usaha bagi menangani masalah lambakan warga asing di negara ini secara lebih teratur dan efisien," katanya.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, dianggarkan terdapat 6.7 juta pekerja asing di negara ini, dan 2.1 juta daripadanya adalah warga asing yang mempunyai permit kerja manakala selebihnya adalah 'imigran haram'.

Ulang siar entri Bancian Jumlah Sebenar Warga Asing Di Malaysia Akan Dibuat Selepas GE14. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bancian Jumlah Sebenar Warga Asing Di Malaysia Akan Dibuat Selepas GE14. 4.5 5 Unknown Monday, March 26, 2018 Bancian Jumlah Sebenar Warga Asing Di Malaysia Akan Dibuat Selepas GE14. Oleh : Bernama Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysi...


No comments:

Post a Comment