Isu Ganguan Seksual Terhadap Pegawai Perubatan Siswazah - Ini Kenyataan Media KKM.

 On Tuesday, July 31, 2018  

Isu Ganguan Seksual Terhadap Pegawai Perubatan Siswazah - Ini Kenyataan Media KKM.

Isu Ganguan Seksual Terhadap Pegawai Perubatan Siswazah - Ini Kenyataan Media KKM.

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ISU GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum dan memandang serius laporan muka depan akhbar The Star pada 29 Julai 2018 yang bertajuk “A sex predator is in the house”.

Laporan ini memaklumkan bahawa terdapat seorang Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah Hospital KKM di Lembah Klang yang telah beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa orang Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau.

Hasil mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini, KKM memutuskan untuk menubuhkan sebuah Badan Penyiasatan Bebas (Independent Inquiry Body) yang menggabungkan KKM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Pihak KKM seterusnya telah menjalankan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh lewat petang tadi bagi membincangkan tindakan yang wajar diambil.

Susulan pembongkaran kes ini, lebih ramai pegawai perubatan termasuk pelatih perubatan siswazah tampil membuat aduan yang serupa kepada pejabat Menteri Kesihatan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui pelbagai saluran.

KKM menyeru semua mangsa yang menghadapi kekerasan atau gangguan di tempat kerja sama ada dalam bentuk fizikal, verbal, mental atau seksual untuk membuat laporan terus kepada Menteri Kesihatan di alamat emel drdzul@moh.gov.my.

KKM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan ini.

Sekian, terima kasih.
 

YB. DR. DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Ulang siar entri Isu Ganguan Seksual Terhadap Pegawai Perubatan Siswazah - Ini Kenyataan Media KKM. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Isu Ganguan Seksual Terhadap Pegawai Perubatan Siswazah - Ini Kenyataan Media KKM. 4.5 5 Unknown Tuesday, July 31, 2018 Isu Ganguan Seksual Terhadap Pegawai Perubatan Siswazah - Ini Kenyataan Media KKM. KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA I...


No comments:

Post a Comment