Jangan Ambil Tindakan Sendiri, Serahkan Tugas Kepada Polis Untuk Adili Jenayah.
Oleh : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tak tenang aku bila lihat cara masyarakat kita definisikan keadilan.
Bila kita terbaca di media sosial, ada kes individu mencuri sebab tak mampu belikan anak kecilnya susu, dan didenda penjara, kita semua kata pihak berkuasa zalim.
Tapi, bila ada kes kecurian berlaku di komuniti kita dan pelakunya tertangkap, apa yang lazimnya orang awam lakukan? Ya, ikat dan pukul sampai lunyai. Tak zalim ke begitu?
Aku pernah dapat satu kes, seorang pemandu van gesel kereta-kereta yang berhenti di hadapan sekolah untuk ambil anak-anak pulang sekolah. Kecoh lah jadinya.
Bila pemandu-pemandu kereta tu pergi tengok pemandu van tadi, didapati pemandu van tu lalok. Dia orang soal-soal pemandu van tu, tapi pemandu van tu membebel merapu dan sukar difahami.
Entah macam mana, ada seorang mula mengasari pemandu van, dan tak lama lepas tu dah jadi sesi belasah membelasah kerana orang anggap pemandu van tu lalok dadah.
Ada orang awam yang telefon polis, dan bila polis sampai, mereka panggil ambulans sebab pemandu van tu dah lunyai.
OK, aku salah seorang petugas yang datang dengan ambulans tu. Mula-mula kami syak gegeran atau kecederaan otak menyebabkan dia lalok. Ada juga syak salah guna dadah, tapi kami periksa semua.
Didapati pemandu van tu hypoglycaemia (rendah paras gula dalam darah). Kami periksa tubuh pemandu van tu, dapati ada kesan-kesan indurasi pada perutnya. Itu kemungkinan tanda dia ada suntik insulin.
Segera kami beri air bergula melalui vena dan bawa ke hospital dengan segera. Hanya selepas beberapa jam dirawat dan dipantau kami dapat tahu cerita sebenar.
"Anak saya dekat mana?," soal pemandu van sebaik sahaja dia sedar.
Pemandu van tu adalah pesakit kencing manis, dia memang cucuk insulin untuk kawal paras gulanya. 30 minit lepas cucuk insulin, sepatutnya pesakit kena makan supaya paras gula tak jadi terlalu rendah, namun hari tu dia tak sempat nak makan sebab bergegas nak ambil anak dia di sekolah.
Sampai di hadapan sekolah, tiba-tiba dia rasa pening lalat, berpeluh-peluh, menggigil, bibir kering. Itu tanda-tanda hypoglycaemia. Kerana terlalu pening, dia tak boleh kawal van dan bergesel dengan kereta di tepi jalan.
Orang yang alami hypoglycaemia boleh jadi macam orang mabuk cakap merapu dan tak difahami. Ini kerana otak dia tak cukup gula. Kadang-kadang boleh pengsan terus.
Malangnya orang awam ingat dia lalok dadah. Habis kena pukul sebab kononnya telah membahayakan nyawa kanak-kanak sekolah. Padahal waktu itu budak sekolah belum. Keluar dari sekolah.
Di hospital kami kena rawat hypoglycaemia dia, serta kecederaan fizikal akibat dipukul beramai-ramai. Paling sebak, tak ada sesiapa antara kami di hospital tahu anak dia siapa ambil di sekolah. Kami minta bantuan polis pergi periksa di sekolah.
Sampai sekolah, polis jumpa anak pemandu van tu menangis di tepi jalan seorang diri. Tunggu bapanya tak sampai-sampai. Dia ingat bapa dia terlupa pasal dia. Hakikatnya bapa dia sedaya upaya tak nak lambat ambil dia, sehingga terlupa makan.
Dipukul pula oleh orang awam.
"Jangan beritahu anak saya, saya kena pukul," pinta pemandu van tu. Dia suruh beritahu anaknya dia cedera kerana kemalangan.
Kau orang bayangkanlah sendiri. Adil kah kita? Zalim tak kita?
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bekas petugas Kecemasan & Trauma

Ulang siar entri Jangan Ambil Tindakan Sendiri, Serahkan Tugas Kepada Polis Untuk Adili Jenayah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment