Sebar Video Plagiat SUKMA 2018, Kerajaan Perak Mohon Maaf.

 On Wednesday, August 29, 2018  

Sebar Video Plagiat SUKMA 2018, Kerajaan Perak Mohon Maaf.

Sebar Video Plagiat SUKMA 2018, Kerajaan Perak Mohon Maaf.

Oleh : Bernama

Kerajaan negeri membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penularan klip video Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 yang didakwa meniru klip video berjudul ‘Taipei in Motion 2017’, garapan sebuah syarikat produksi dari Taiwan.


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, ini kerana pihaknya tidak melakukan penelitian secara terperinci sebelum memuat naik klip video berkenaan di laman sosial.

Beliau, bagaimanapun berkata klip video yang dimuat naik itu hanya sebagai contoh dan bukannya untuk kegunaan rasmi Sukma Perak yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 22 September ini.

"Kami akui video itu dimuat naik oleh kami sendiri selepas segala proses pembikinan video berkenaan disiapkan pihak dipertanggungjawabkan. Kami mungkin terlepas pandang terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di Ipoh, hari ini.

Pada Ahad lalu, klip video Sukma Perak berdurasi 19 saat itu dikritik netizen selepas didakwa meniru teknik klip video Taipei in Motion 2017 yang dihasilkan khusus untuk kejohanan Summer Universiade di Taiwan pada 19 hingga 30 Ogos, tahun lepas.

Mengulas lanjut, Lee berkata setakat ini tiga video rasmi berkaitan Sukma berdurasi 15 saat, 40 saat dan seminit ​​​​​telah siap dan akan menggantikan klip video sedia ada.

Katanya, video berkenaan yang juga bakal memaparkan keindahan Perak selaku tuan rumah bagi temasya sukan berkenaan kali ini akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam tempoh terdekat.

Selain itu, Lee yang juga Anggota Dewan Undangan Pasir Pinji berkata lebih RM50 juta akan diperuntukkan untuk penganjuran Sukma kali ini.

Beliau berkata jumlah berkenaan berkurangan hampir separuh daripada peruntukan asal berjumlah RM90 juta.

"Ini antara kekangan perlu kita hadapi, namun ia tidak melemahkan semangat kami untuk menjadikan penganjuran Sukma kali ini meriah dan berjalan lancar," katanya.

Ulang siar entri Sebar Video Plagiat SUKMA 2018, Kerajaan Perak Mohon Maaf. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Sebar Video Plagiat SUKMA 2018, Kerajaan Perak Mohon Maaf. 4.5 5 Unknown Wednesday, August 29, 2018 Sebar Video Plagiat SUKMA 2018, Kerajaan Perak Mohon Maaf. Oleh : Bernama Kerajaan negeri membuat permohonan maaf secara terbuka berh...


No comments:

Post a Comment