LGBT Paling Ramai Mengidap HIV.

 On Thursday, August 2, 2018  

LGBT Paling Ramai Mengidap HIV.

LGBT Paling Ramai Mengidap HIV.

Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan kelompok tertinggi dijangkiti HIV yang mewakili 50 peratus kes baharu dilaporkan sepanjang 2017.

 
Berdasarkan laporan Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Pe­nyakit, Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,697 individu yang mengamalkan tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual adalah sebahagian daripada 3,347 kes HIV baharu dica­tatkan pada tahun lalu.

Lebih mengejutkan, jumlah tersebut adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui perkongsian jarum suntikan (IDU) dijangkiti HIV yang se­ring diperkatakan sebagai punca utama penyebaran virus ber­ke­naan.

Apapun, yang menjadi kebimbangan apabila penyebaran virus itu dalam kalangan golongan homoseksual dan biseksual itu semakin meningkat setiap tahun daripada 63 kes pada tahun 2000 kepada 1,553 pada tahun 2016 selain 1,697 pada tahun lalu.

Peningkatan tersebut turut menyaksikan jumlah mereka yang disahkan positif HIV melalui aktiviti menagih dadah dengan berkongsi jarum suntikan terus menurun sebaliknya melalui hubungan seks di luar tabii pula semakin meningkat.

Mengikut rekod 2017 itu juga, seramai 1,335 kes pula adalah mereka yang dijangkiti virus tersebut melalui hubungan seks di antara lelaki dan perempuan tidak kira pasangan suami isteri mahupun yang belum berkahwin.

Bagi pecahan pekerjaan pula, kakitangan swasta merupakan kelompok terbesar iaitu seramai 1,085 orang manakala penjawat awam pula seramai 213 yang menghidap HIV pada tahun 2017.

Jumlah yang ketara juga melibatkan kumpulan pelajar yang mencatatkan sebanyak 247 kes baharu selain penganggur seba­nyak 241 kes dan suri rumah tangga 145 kes.

Bagi peringkat umur pula, mereka yang berusia di antara 20-29 tahun merupakan kumpulan umur paling ramai menghidap HIV diikuti mereka berumur 30 hingga 39 tahun.

Walaupun secara amnya, jumlah penghidap HIV baharu tidak menunjukkan peningkatan yang ketara, namun setiap tahun jumlahnya melebihi 3,300 kes baharu sejak 2010.

Namun apa yang meresahkan, golongan LGBT kini semakin berani untuk mendedahkan diri selain mendesak semua pihak untuk menghormati hak mereka untuk bebas mengamalkan tabiat luar norma kehidupan itu.

Keadaan itu secara tidak langsung mempromosikan tabiat songsang sekali gus meningkatkan jumlah mereka yang terjebak dengan HIV jika tidak dibendung dengan berkesan.

Sumber : Utusan Online

Ulang siar entri LGBT Paling Ramai Mengidap HIV. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
LGBT Paling Ramai Mengidap HIV. 4.5 5 Unknown Thursday, August 2, 2018 LGBT Paling Ramai Mengidap HIV. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan kelompok tertinggi dijangkiti HIV yan...


No comments:

Post a Comment