Bina Rumah Ibadat Secara Haram, Bila Diarahkan Pindah Tuntut Tanah & Pampasan Lepas Tu Jaja Kata Ditindas - MAZA.

 On Wednesday, November 28, 2018  

Bina Rumah Ibadat Secara Haram, Bila Diarahkan Pindah Tuntut Tanah & Pampasan Lepas Tu Jaja Kata Ditindas - MAZA.

Bina Rumah Ibadat Secara Haram, Bila Diarahkan Pindah Tuntut Tanah & Pampasan Lepas Tu Jaja Kata Ditindas - MAZA.

Mufti Perlis membidas tindakan segilintir pihak yang melanggar peraturan berkaitan pembinaan rumah-rumah ibadat di Facebook semalam.


Menurutnya, negara ini tidak mengamalkan undang-undang rimba yang mana penganut apa-apa agama boleh secara sesuka hati membina rumah-rumah ibadat dimana-mana yang disukainya.


"INI BUKAN UNDANG-UNDANG RIMBA

Satu tindakan dan peraturan yang tegas hendaklah dibuat ke atas rumah-rumah ibadat yang dibina tanpa peraturan. Apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan. 


Peliknya, apabila telah dibina secara salah kemudian diminta berpindah, mereka menuntut pula pampasan dan tanah baru. Mudahnya mendapat tanah pampasan kerajaan. Itupun ada yang mendakwa kononnya tertindas dan dipaksa tukar agama.

Kadang-kala tempat yang dibina rumah ibadat itu pula memang mengganggu kemudahan awam seperti yang kita lihat di pintu masuk Hospital Bukit Mertajam. Pihak berkuasa hanya berdiam,"
jelasnya dalam satu kenyataan. 


Dr. Maza juga mengingatkan kerajaan baru agar bertegas dalam menanggani rumah-rumah ibadat yang dibina secara haram.


"Jika Kerajaan yang lepas terlalu menjaga undi sehingga dibiarkan wujud begitu banyak rumah ibadat tidak mengikut peraturan atau secara haram itu, Kerajaan hari ini wajib menegaskan dan menegakkan peraturan dalam bernegara.

Malaysia bukan pakai undang-undang rimba yang mana sesiapa boleh pacak rumah ibadah di mana dia suka. Apatah lagi kadang-kadang jumlah rumah ibadah itu tidak seimbang dengan taburan penganut. 

Sebelum keadaan yang lebih tidak aman berlaku, eloklah Kerajaan hari ini membetulkan kesalahan lepas dengan menegakkan undang-undang yang sepatutnya," katanya dalam kenyataan itu lagi. - SoZCyili.

Ulang siar entri Bina Rumah Ibadat Secara Haram, Bila Diarahkan Pindah Tuntut Tanah & Pampasan Lepas Tu Jaja Kata Ditindas - MAZA. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bina Rumah Ibadat Secara Haram, Bila Diarahkan Pindah Tuntut Tanah & Pampasan Lepas Tu Jaja Kata Ditindas - MAZA. 4.5 5 Unknown Wednesday, November 28, 2018 Bina Rumah Ibadat Secara Haram, Bila Diarahkan Pindah Tuntut Tanah & Pampasan Lepas Tu Jaja Kata Ditindas - MAZA. Mufti Perlis memb...


No comments:

Post a Comment