Jangan Panik Walaupun Anak Dah Darjah Satu Dan Tak Boleh Membaca..
Oleh : Ashikin Hashim
Anak tak boleh baca lagi semasa darjah satu???
Ok sebelum mak ayah panik, kita cek dulu:
1. Anak anda ada sebarang masalah pembelajaran atau kesihatan yang disahkan oleh pakar? Jika tiada, JANGAN PANIK.
2. Anak anda boleh bercakap dan berkomunikasi dengan baik? Jika ya, JANGAN PANIK.
3. Anak anda boleh meniru tulisan/lambang/simbol mudah yang ditulis dari papan putih/buku lain ke buku/kertas? Jika ya, JANGAN PANIK.
4. Anak anda mempunyai memori yang baik? Dia ingat simbol, lambang, label yang dia pandang? Jika ya, JANGAN PANIK
5. Anak anda bermain dengan baik dengan kawan-kawannya? Jika ya, JANGAN PANIK.
6. Anak anda mahir dalam skil kehidupannya seperti buka dan pakai baju? Butang baju? Buang air kecil dan besar di tandas? Suap makanan sendiri? Meniti laluan atau titi? Boleh imbang badan? Angkat dan berdiri sebelah kaki? Buat pergerakan silang? Jika ya, JANGAN PANIK.
7. Boleh mengenal hanya beberapa suku kata atau membunyi kan beberapa huruf? Jika ya, JANGAN PANIK.
Kesimpulannya: JANGAN PANIK DULU JIKA ANAK MASIH TIDAK BOLEH MEMBACA KETIKA BERADA DI DARJAH SATU. Masih banyak lagi masa yang ada untuk anak kita belajar membaca ketika berada di dalam darjah 1.
Saya sangat sedih dengan laporan Sinar Harian tentang bilangan darjah satu yang tidak boleh membaca telah meningkat. Ianya telah membuatkan lebih ramai ibu bapa akan lebih tertekan begitu juga dengan anak-anak.
Dan pihak tadika seperti saya akan lebih tertekan kerana ibu bapa semakin panik.
Walhal kami inginkan suasana pembelajaran yang riang ria dan bahagia tanpa sebaramg tekanan dan paksaan terhadap anak didik kami.
Sinar Harian sepatutnya memberikan lebih tumpuan terhadap perkembangan awal kanak-kanak yang lebih luas seperti skil kehidupan mereka yang semakin rendah dan lemah.
Membaca hanyalah salah satu skil dari berpuluh skil yang sepatutnya anak-anak capai.
Anak saya yang ketiga hanya lancar membaca ketika berada di hujung tahun darjah satu. Dari kelas bawah (bukan saya yang label tapi sekolah yang meletakkanya begitu) sudah naik kelas tahun ini (ayat anak saya: Ummi, Wajdi naik kelas!)
Parents, please.... Please.....don't feel so down when you read the article. Keep on supporting and stimulating your children. Help them, guide them, not forcing them.
Saya lebih risau anak saya tak pandai lagi bukak seluar untuk buang air masa darjah satu nanti.
Saya lebih risau anak saya tak pandai beli makanan sendiri di kantin.
Saya lebih risau anak saya tidak bersosial dengan kawan-kawan.
Kerisauan ini lebih risau dari kerisauan tidak boleh membaca di darjah satu.
Tarik nafas...lepas.....tenangkan diri.
Harap ini membantu memberikan ketenangan dan kelegaan kepada anda. Bukan bermakna saya kata tak payah belajar membaca. Don't get me wrong.
Belajar membaca bukan hanya guna buku semata-mata!
Let them enjoy their childhood.
Zaman kanak-kanak adalah kenangan paling terindah!

Ulang siar entri Jangan Panik Walaupun Anak Dah Darjah Satu Dan Tak Boleh Membaca.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment