Inilah Masalah & Penindasan Dialami Oleh Pengawal Keselamatan Yang Ramai Orang Tidak Tahu!

 On Thursday, July 26, 2018  

Inilah Masalah & Penindasan Dialami Oleh Pengawal Keselamatan Yang Ramai Orang Tidak Tahu!

Inilah Masalah & Penindasan Dialami Oleh Pengawal Keselamatan Yang Ramai Orang Tidak Tahu!

Oleh : Khairul Nizam
 

Kisah Mazuan. 'Pak Guard' yang berdepan dengan masalah hantu di sekolah kerajaan.

Mazuan ialah seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah kerajaan. Dah kerja 10 tahun. Gaji sebulannya lebih kurang RM 1,800. Dengan terpaksa bekerja 12 jam sehari, dan 7 hari seminggu. Jika Mazuan mahu berehat untuk satu hari, dia perlu mencari seorang pengganti dengan membayarnya RM50 sehari (tolak dari gaji, bayar ke gaji pengganti).

 
Pelik kan? Walau Mazuan berkhidmat untuk kerajaan dan masyarakat, tetapi bukan kerajaan (cukai masyarakat) yang bayarnya gaji. Sebaliknya kerajaan lantik syarikat. Kerajaan bayar syarikat dulu. Kemudian, barulah syarikat itu yang bayar gaji. Apa yang berlaku dengan dasar penswastaan jual beli peluh2 manusia ini?

Syarikat2 terpaksa bersaing harga. Kos2 harus dipotong. Gaji2 harus diperah. Kontrak hanya 3 tahun. Untuk elak gaji naik kerana Pak Guard sudah berkhidmat lama, ada yang bubarkan syarikat, bentuk syarikat baru. Pak Guard yang sama berkerja semula dengan dianggap pekerja baru! Tiada perlindungan pampasan apa2 sebab pekerja baru dengan syarikat baru (owner lama?).

Lebih tertindas lagi, apabila kerajaan membenarkan majikan membayar gaji 30% kurang daripada gaji minimum, selama 3-4 bulan. Kerana Mazuan sudah menjadi pekerja dalam tempoh percubaan, dengan syarikat yang tiba2 baru menang tender. Sistem yang zalim bukan?

Jika Mazuan diberhentikan kerja kerana syarikat gulung tikar, atau syarikat tarik diri kerana mendakwa ada gangguan hantu di sekolah. Mazuan tidak dapat menuntut faedah pemberhentian kerja untuk kerja 10 tahun, kerana kontraknya hanya 3 tahun (tetapi carumannya?). Apatah lagi jika Mazuan dianggap pekerja baru oleh syarikat baru (owner lama?).

Jangan ketawa. Jangan tanya parti agama, parti kaum, parti neo liberal, parti reaction yang laku dalam sosial kita, akan masalah ini. Tanya diri anda sendiri. Andalah Mazuan. Mazuan bukan seorang (#BBM). Ada 40,000 Mazuan yang sedang berkhidmat dengan kerajaan (pengurus cukai) dan sosial kita. Pelbagai sektor kerajaan. Sekolah, hospital, jabatan2 kerajaan. Termasuk pekerja2 kebersihan.

Kerja kontrak sepatutnya hanya untuk kerja sementara atau bermusim sahaja. Kawalan keselamatan merupakan sejenis kerja yang tetap. Daripada bayar gaji JASA, baik ambil Pak Guard macam Mazuan jadi staff kerajaan. Mereka bergilir (syif) berkhidmat untuk anak2 sekolah kita. 24 jam. 7 hari seminggu. 365 hari setahun.

Ulang siar entri Inilah Masalah & Penindasan Dialami Oleh Pengawal Keselamatan Yang Ramai Orang Tidak Tahu! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Inilah Masalah & Penindasan Dialami Oleh Pengawal Keselamatan Yang Ramai Orang Tidak Tahu! 4.5 5 Unknown Thursday, July 26, 2018 Inilah Masalah & Penindasan Dialami Oleh Pengawal Keselamatan Yang Ramai Orang Tidak Tahu! Oleh : Khairul Nizam   Kisah Mazuan. &...


No comments:

Post a Comment