Peguam Bayar RM1,500 Pada 50 Melayu Untuk Kawal Kuil Seafield Kata Muhyiddin.

 On Sunday, December 2, 2018  

Peguam Bayar RM1,500 Pada 50 Melayu Untuk Kawal Kuil Seafield Kata Muhyiddin.

Peguam Bayar RM1,500 Pada 50 Melayu Untuk Kawal Kuil Seafield Kata Muhyiddin.

RUSUHAN pada Isnin berpunca daripada tindakan peguam yang mengupah kumpulan Melayu untuk mengawal dan mengambil alih kuil Sri Maha Mariamman, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.


Katanya, peguam berkenaan membayar RM1,500 kepada 50 orang individu Melayu tersebut untuk bertindak demikian, yang mencetuskan kemarahan penganut Hindu dan masyarakat India di situ.

“Peguam ambil orang Melayu hendak kawal kuil. Jadi saudara boleh faham perasaan mereka yang terlibat,” katanya dalam sidang media.

Jelasnya, tindakan itu tidak ubah seperti mengupah orang India untuk mengawal masjid, yang tentunya akan menimbulkan kemarahan orang Islam.

“Sebenarnya bukan isu perkauman. Cara (peguam) buat itu tidak betul, seperti suruh orang Hindu jaga masjid,” katanya yang menambah, tindakan itu menjadi pencetus rusuhan.

Muhyiddin menjelaskan, beliau percaya peguam membayar wang kepada 50 orang individu berkenaan dengan dana daripada syarikat pemaju terbabit.

“Oleh sebab (peguam) ditugaskan oleh syarikat untuk menyelesaikan masalah, mereka telah diberikan peruntukan.

“Saya tidak fikir itu duit peguam. Tapi duit yang disalurkan kepada peguam untuk bayar kepada orang yang kononnya nak bantu itu,” katanya lagi.

Dalam sidang media sama, Ketua Polis Negara Fuzi Harun mengesahkan bahawa dua orang peguam kepada itu ditahan polis.

“Jumlah 21 orang yang ditahan itu antaranya adalah peguam (berkenaan),” katanya.

Syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd semalam menafikan terlibat dengan serangang ke atas Sri Maha Mariamman di Seafield.

Dalam kenyataannya, syarikat itu juga berkongsi rasa “terkejut” atas kejadian pada pagi Isnin itu.

“One City ingin menekankan sekali lagi bahawa ia tiada kena mengena dengan pergaduhan pada pagi Isnin,” kenyataan itu dipetik.


Sumber : The Malaysian Insight

Ulang siar entri Peguam Bayar RM1,500 Pada 50 Melayu Untuk Kawal Kuil Seafield Kata Muhyiddin. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Peguam Bayar RM1,500 Pada 50 Melayu Untuk Kawal Kuil Seafield Kata Muhyiddin. 4.5 5 Unknown Sunday, December 2, 2018 Peguam Bayar RM1,500 Pada 50 Melayu Untuk Kawal Kuil Seafield Kata Muhyiddin. RUSUHAN pada Isnin berpunca daripada tindakan peguam yang...


No comments:

Post a Comment