Auntie Beli Bir Enggan Bayar Di Kaunter Perempuan Melayu Bertudung..

 On Monday, January 7, 2019  

Auntie Beli Bir Enggan Bayar Di Kaunter Perempuan Melayu Bertudung..

Auntie Beli Bir Enggan Bayar Di Kaunter Perempuan Melayu Bertudung..

Oleh : Abd Halim Benloo Hj Omar.

Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.




Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia? Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.

Suami : Hey nasib baik you beratur barisan ini

Aunty : Yalah, kita jangan buat orang susah.

Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.

Suami : Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.

Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.

Aku : Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir

Aunty : Yalah beli sekarang nanti tak susah ma

Aku : Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?

Aunty : Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.

Aku : Okay I faham.

Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je.

Sorry Aunty, i curi gambar you senyap-senyap.

Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.

Ulang siar entri Auntie Beli Bir Enggan Bayar Di Kaunter Perempuan Melayu Bertudung.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Auntie Beli Bir Enggan Bayar Di Kaunter Perempuan Melayu Bertudung.. 4.5 5 Unknown Monday, January 7, 2019 Auntie Beli Bir Enggan Bayar Di Kaunter Perempuan Melayu Bertudung.. Oleh : Abd Halim Benloo Hj Omar. Saja jalan Econsave hari ini, a...


No comments:

Post a Comment