Pesanan Kepada Ibu Mengandung, Jangan Memandai Nak Boikot Saringan Air Gula..
Oleh : Hana Hadzrami
IBU GULA
Baru-baru ini saya biuskan pesakit cilik yang menjalani pembedahan cleft lip dan cleft palate.
3 daripada 4 kanak-kanak tersebut ialah hasil daripada ibu mengandung dengan kencing manis (gestational diabetes). Mereka bukan saja sumbing biasa, tetapi ada kecacatan lain juga. Mereka berwajah sindromik, ada jantung berlubang, jari terlebih. Dua daripada anak tersebut cuma ada satu buah pinggang yang berfungsi. Diagnosis mereka ialah diabetic embryopathy. Kesian kan?
Paling teruk saya pernah biuskan ialah bayi hasil ibu diabetes yang bukan saja sumbing, jantung berlubang, usus buntu (tiada lubang dubur), buah pinggang satu. Malah organ jantinanya juga kabur (ambiguous genitalia) dan tiada telinga!
Ibu-ibu mereka semua berisiko tinggi diabetes tetapi melalui saringan diabetes yang lambat. Dah 20 minggu mengandung baru nak jumpa doktor dan buat saringan air gula. Pada 24 minggu baru tahu ada diabetes dan baru nak mula rawatan dan terapi diet.
Padahal pembentukan organ janin (organogenesis) berlaku seawal trimester pertama (3 bulan pertama). Kalau paras gula tak terkawal seawal itu maka rosaklah kejadian janin.
Untuk ibu berisiko rendah mereka hanya perlu melalui ujian saringan gula pada minggu 20-24. Tetapi ibu yang berisiko tinggi perlu melalui saringan lebih awal lagi.
Diabetes sewaktu mengandung adalah disebabkan sel tubuh resistan terhadap insulin. Ia disebabkan oleh perubahan hormon sewaktu mengandung. Kegemukan dan malas bersenam juga salah satu sebab sel tubuh rintang insulin.
Siapakah ibu yang berisiko tinggi mendapat diabetes sewaktu mengandung?
1. Ibu yang ada prediabetes. Paras gula mereka dah melebihi normal tetapi belum cukup untuk dipanggil diabetes.
2. Ada diabetes semasa kandungan yang lepas
3. Ada darah tinggi
4. Ahli keluarga yang ada diabetes
5. Ada masalah sindrom polycystic ovari
6. Berat badan berlebihan sebelum mengandung atau naik berat mendadak sewaktu mengandung.
7. Berumur lebih 25 tahun.
8. Pernah melahirkan bayi yang berat 4kg keatas atau bayi yang cacat.
9. Pernah ada sejarah keguguran
10. Berbangsa india, asia, afrika atau hispanic
Jika ibu tersebut sudah pun ada diabetes sebelum mengandung, disarankan paras HbA1c mereka perlu kurang dari 6.1% sebelum nak mengandung. Jika lebih dari 10% tolong jangan mengandung dulu. Naya ibu dan anak nanti.
Saya dengar trend ibu-ibu sekarang boikot ujian saringan gula. Katanya boleh dapat diabetes bila telan air gula tu. Jangan ya. Tak betul tu.
Ada pula yang boikot ujian tu tapi nak buat saringan HbA1c sahaja. Sebenarnya ujian HbA1c ini hanya tepat sebelum mengandung dan semasa awal trimester saja. Masuk trimester kedua ia kurang tepat, dan tak sesuai dijadikan ujian saringan tunggal.
Saya seru pada para ibu supaya peka dengan kesihatan sendiri dan dengarlah nasihat doktor anda. Janganlah sebab kita cerewet taknak buat saringan air gula, bayi kita pula menanggung padah cacat seumur hidup. Dan jangan terkejut jika dengar banyak keguguran adalah disebabkan diabetes.
Kan kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita?

Ulang siar entri Pesanan Kepada Ibu Mengandung, Jangan Memandai Nak Boikot Saringan Air Gula.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment