Dan Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Anak Kecil Ke Tandas Awam Sendirian, Ini Nasihat Penceramah..

 On Wednesday, May 1, 2019  

Dan Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Anak Kecil Ke Tandas Awam Sendirian, Ini Nasihat Penceramah..

Dan Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Anak Kecil Ke Tandas Awam Sendirian, Ini Nasihat Penceramah..

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
 

Oleh sebab hari ini viral kes seorang lelaki Bangladesh melakukan oral seks terhadap kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun di dalam tandas sebuah pasaraya di Perak, maka menjadi tanggungjawab aku untuk berkongsi hal ini.
 

 
1. Tolong sangat-sangat agar jangan biarkan anak seorang diri dalam tandas, terutama di tempat awam seperti mall. Temani anak. Tunggu didepan pintu toilet.

2. Teringat aku satu kisah yang tular tahun lepas. Anak tak tahan sangat nak buang air kecil, tapi si emak dan bapak ralit dengan handphone, tak henti-henti berwassap dan main games. Akhirnya, anak beliau pergi seorang diri. Mujurlah ada seorang rakyat budiman yang sudi jenguk-jengukkan si kecil agar selamat. Kalau nak harapkan mak bapak tak guna tu, tak jadi apalah. Menangis nanti pun bila anak dah diculik.

3. 2 tahun lepas pun pernah tular satu dua orang lelaki Bangladesh menangkap gambar kanak-kanak, juga di dalam mall, bahagian permainan. Si bapa berasa curiga dan bertindak menyelidiki apa yang ada dalam folder gambar. Alangkah terkejutnya beliau, berpuluh gambar anaknya ditangkap. Bukan anaknya sahaja, bahkan gambar kanak-kanak yang lain. Terus sahaja beliau ugut nak report polis.

4. Tidak dinafikan, pedofilia wujud di mana-mana. Baik warganegara Malaysia, mahupun warga asing. Jangan dilupa, Malaysia ni nombor 1 di Asia Tenggara mengakses video lucah kanak-kanak.

5. Bagi warga asing, mungkin mereka ada yang betul-betul rindukan anak di negara asal. Namun, itu bukan alasan untuk mereka curi-curi tangkap gambar anak kita.

6. Ulang ilmu ini pada anak-anak, biar ia tertanam kemas dalam fikiran mereka : jangan bagi sesiapa sentuh, pegang atau raba private part (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha), apatah lagi kulum kemaluan (kes di Perak). Jika ia berlaku, ajar mereka untuk jerit kuat-kuat, lari dan terus mengadu. Dalam masa yang sama, mereka juga tidak boleh memegang, menyentuh atau meraba private part adik beradik, sepupu atau kawan, walau bergurau.

7. Mujur kes di Ipoh berlaku antara seorang kanak-kanak dan individu yang tak dikenali. Jadi, terus sahaja kanak-kanak ini tahu ia perbuatan yang tak betul, salah. Lalu, terus sahaja beliau mengadu kepada ibunya.

8. Cuma, yang saya takutkan kalau kes sebegini berlaku di rumah pengasuh, di sekolah, dalam rumah, di kampung dan di lain-lain tempat. Maksud saya, anak-anak yang menjadi mangsa tak sedar yang mereka telah dicabul dek sex grooming yang dilakukan pemangsa kepada dirinya. Si pelaku pula boleh jadi anak pengasuh, bapa kepada pengasuh, suami kepada pengasuh, bapa kandung, abang kandung, atuk, atuk tiri, cikgu, ustaz, mudir, pak guard, penjaga kantin, pemandu bas dan lain-lain individu yang ada akses dengan anak kita secara kerap.

9. Bahasa mudahnya adalah, pemangsa telah membina hubungan emosi dengan mangsa hingga membuatkan mereka percaya pencabulan itu benda main-main, menyeronokkan, jangan diberitahu sesiapa dan rahsia bersama. Ada juga yang diugut.

10. Please sedar hal ini mak ayah. Kita tak mahu anak kita menjadi mangsa sejak dari kecil.

Semoga Allah bantu kita bersama. Sebarkan tulisan ini. Tag pasangan anda untuk baca bersama. - 1 Mei 2019.

Ulang siar entri Dan Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Anak Kecil Ke Tandas Awam Sendirian, Ini Nasihat Penceramah.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dan Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Anak Kecil Ke Tandas Awam Sendirian, Ini Nasihat Penceramah.. 4.5 5 Unknown Wednesday, May 1, 2019 Dan Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Anak Kecil Ke Tandas Awam Sendirian, Ini Nasihat Penceramah.. Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi   Ole...


No comments:

Post a Comment