Krisis MAZA VS Tun Mahathir..

 On Wednesday, May 1, 2019  

Krisis MAZA VS Tun Mahathir..

Krisis MAZA VS Tun Mahathir..

SEMASA | Bermula dengan satu status di Facebook,"Ramai merasakan di bawah urus tadbir hari ini, Islam makin terancam di Malaysia. Apakah pendapat anda?," MAZA terus dicop pekak oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.


“Sebab dia pekak, kalau dia boleh mendengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, agama Islam (di negara ini).

Tetapi dia tidak mendengar,” katanya ketika memberikan respon kepada wakil media.


Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempertahankan Islam.

Ini susulan dari penahanan pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang dianggap menghina agama Hindu kerana mendakwa ajaran itu menyembah 330 juta Tuhan.  




Menjawab kenyataan Mahathir itu, MAZA kemudiannya berkata beliau akan terus memperkatakan kebenaran tanpa perasaan takut kerana itulah juga yang pernah dinasihatkan oleh Tun kepadanya suatu masa dahulu.

Tambahan lagi, beliau tidak pasti siapakah yang sebenarnya PEKAK dalam pertelingkahan yang membabitkan Zamri Vinoth ini.

"Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: "Mufti Perlis pekak" sebab kritikan saya yang suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak.

Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.

Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis catatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: "Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya".

In sha Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri,"
katanya. 


MAZA seringkali dianggap pro Tun Mahathir sewaktu Perdana Menteri itu melawan Najib dan memasuki kem pembangkang.

Banyak kenyataan-kenyataan kontroversi Perdana Menteri itu berjaya ditepisnya dengan baik bagi meleraikan kekusutan.

Pergaduhan MAZA dengan Tun Mahathir sudah tentunya akan mewujudkan perpecahan ketara dikalangan penyokong dua susuk ini, sekaligus menghilangkan lagi undi melayu terhadap Pakatan Harapan. - 1 Mei 2019.

Ulang siar entri Krisis MAZA VS Tun Mahathir.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Krisis MAZA VS Tun Mahathir.. 4.5 5 Unknown Wednesday, May 1, 2019 Krisis MAZA VS Tun Mahathir.. SEMASA | Bermula dengan satu status di Facebook, " Ramai merasakan di bawah urus tadbir hari ini, I...


No comments:

Post a Comment