PU Syed Disekolahkan Kaw-Kaw Kerana Setankan BTS.

 On Wednesday, May 1, 2019  

PU Syed Disekolahkan Kaw-Kaw Kerana Setankan BTS.

PU Syed Disekolahkan Kaw-Kaw Kerana Setankan BTS.

SOSMED | Peperangan maya antara pro KPOP dan PU Syed diteruskan lagi dengan kritikan individu yang bernama Sheila Jamal.

Di kenyataan itu, Sheila mempersoalkan kewajaran PU Syed mengelarkan BTS sebagai syaitan sedangkan kumpulan itu seringkali melakukan kebaikan dan bebas dari skandal.

Sheila juga menegur cara PU Syed berdakwah yang dikatakanya tidak sesuai untuk diamalkan.  


Oleh : Sheila Jamal

APA NAK JADI DENGAN PU-PU NI?? 🤦🏻‍♀️ Suka-suka kata kat orang Syaitan! Berdakwahlah dengan Akhlak bukan dengan sedap mulut! Akak puuun tak faham kenapa orang BENCI sangat dengan kumpulan Kpop BTS ni. Mereka ni 'Clean', bukannya gay, jadi ikon untuk UNICEF, menyokong untuk pembebasan Palestine, tak ada pulak skandal dengan perempuan ke, pergi buntingkan mana-mana perempuan ke, girlfriend pun tak ada. Artis Kpop ni, kalau nak tahu, dijaga rapi oleh pihak pengurusan. Tak boleh nak bercinta-cinta, tak boleh keluar sesuka hati, kerja mereka; menyanyi, menari, cipta lagu dan perkara-perkara yang berkaitan dengan karier mereka sahaja.


Tak tahu kenapa orang kita, artis kita pandang jelek pada group Kpop ni. Tak kacau orang pun, tak tunjuk teladan yang tak elok pun. Kalau group wanita yang pakai skirt pendek tu yang dibising-bisingkan, mereka bukan orang Islam. Yang artis ISLAM kita tak tutup aurat, skandal sana sini, pergaulan yang kita sendiri tahu macam mana, kenapa tak ban? Tahu tak macam mana netizen-netizen kita, anak-anak muda, budak-budak hingusan ni beri komen LUCAH pada group Kpop wanita di SocMed? Memalukan!! Hilang Islam dan Adab! Tak ada pulak mana-mana pihak nak menegur.

Apa kesalahan mereka yang mereka ni dibenci, digelar Syaitan, dan lain-lain. Ingatlah.. HIDAYAH MILIK ALLAH. Kau siapa nak gelarkan orang macam-macam. Bila Syed Saddiq nak bawa mereka ke sini.. WOW!! Riuh rendah orang hentam dan kondem. Orang kita kalau pasal menghentam orang, tengok dari sudut negatif, membawang tanpa berfikir panjang, serahlah.. Macam Malaysia ni tak pernah jemput artis luar perform kat sini. Yang head banging, yang bertatoo, yang mengaku gay, yang tersiat sana sini bila perform.. tak ada pulak nak kata Setan!

Ada beberapa orang remaja.. kawan anak Akak, merasa hidup mereka ceria semula bila kenali BTS dengan lagu-lagu mereka yang banyak beri inspirasi kepada mereka. Mesti ada yang nak kata.. kenapa tak balik pada Agama untuk rasa hidup ni lebih ceria dan bermakna? Sebab ada diantara mereka yang seperti tak wujud pada parents mereka. Tak ada yang ambik peduli tentang mereka. Parents sibuk dengan hal-hal mencari rezeki dan dunia social mereka.

Ada yang PM/DM anak Akak share kisah hidup mereka walaupun mereka cuma kenal anak Akak d Twitter. Ada yang dah berkali-kali cuba untuk bunuh diri, ada yang berkali-kali cuba cederakan diri sendiri. Sedih sungguh Akak mendengarnya.. Bila muncul BTS dengan Album Love Yourself Series (Her, Tear & Answer), sedikit sebanyak telah memberi IMPAK untuk mereka sayangi diri sendiri. Di mana kita, parents, PU di saat anak-anak muda ini memerlukan bantuan dan sokongan moral.

BTS dan lain-lain manusia, Islam atau tidak perlu kita hormati kerana mereka ada HAK mereka kerana mereka juga makhluk Allah swt. Janganlah suka-suka hati dan mulut nak menghina sesama manusia yang tak buat salah apa pun dengan kita. Lalu mayat orang kafir di hadapan Rasulullah saw, tidak pulak Rasulullah menyumpah mengatakan Celakalah kamu Kafir Laknatullah ke.. Rasulullah saw bangkit untuk beri penghormatan kepada si mati. Inikan pulak yang hidup. Tak pernah kita dengar Baginda menghina dan mencaci walau musuh sekalipun.

Hal nak bawa mereka tahun depan, sempena TAHUN MELAWAT MALAYSIA, tak confirm pun lagi.. 🤦🏻‍♀️. Kut iya pun.. apa masalahnya kerana peminat2 BTS ni berjuta kat rantau Asia Tenggara ni.. Mereka sanggup turun ke Singapore, Indonesia ke, Thailand ke hanya untuk tengok konsert BTS yang dah tentu AURAT dan Adab mereka, mereka jaga. Currency exchange, kempen untuk pembebasan Palestine, membela nasib untuk kanak-kanak Sedunia UNICEF dan lain-lain turut akan berlaku. Ada masalah ke? 🤷🏻‍♀️. - 1 Mei 2019.

Ulang siar entri PU Syed Disekolahkan Kaw-Kaw Kerana Setankan BTS. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
PU Syed Disekolahkan Kaw-Kaw Kerana Setankan BTS. 4.5 5 Unknown Wednesday, May 1, 2019 PU Syed Disekolahkan Kaw-Kaw Kerana Setankan BTS. SOSMED | Peperangan maya antara pro KPOP dan PU Syed diteruskan lagi dengan kritikan...


No comments:

Post a Comment