Beberapa Pengajaran Pahit Dalam Insiden Pembunuhan Pelajar UPNM Zulfarhan.

 On Sunday, August 11, 2019  

Beberapa Pengajaran Pahit Dalam Insiden Pembunuhan Pelajar UPNM Zulfarhan.

Beberapa Pengajaran Pahit Dalam Insiden Pembunuhan Pelajar UPNM Zulfarhan.

Oleh : Fir Fendi
 
A PAINFUL LESSON FOR ALL PARENTS

Sebelum Allayarham Zulfarhan meninggal dunia, Allah dah bagi macam-macam hint untuk tunjukkan there was something not right happening somewhere.

 

 
Tapi semua pihak yang dapat the hints did not act accordingly.

I pun tak pasti how to digest the negligence. Adakah ini tanda ajal Zulfarhan sudah sampai? And thus, semua hints tersebut tidak membantu?

Atau, adakah negligence ini berlaku kerana kecuaian manusia? Kerana sikap ambil mudah manusia? Sikap tak betul-betul sit and reflect tentang sesuatu perkara? Sikap yang tidak ada thorough investigation untuk fahamkan what was going on actually.

Ada pelajar yang hantar mesej secara bertulis (physical paper) to inform responsible parties to act accordingly.

Allah hantar mesej diatas kertas ini kepada tiga manusia;


1) Petugas di Pusat Perubatan PUNM, Sarjan Mohd. Tarmizi Saad


2) Bekas Penolong Ketua Batalion Tuah UPNM, Kapten Haryani Hassan (I assume perkataan ‘Bekas’ digunakan sebab sekarang Haryani sudah tidak melakukan tugasan tersebut)


3) Pegawai Waran UPNM bernama Arick


Sementara itu, saksi pendakwaan ke 14, Sarjan Mohd. Tarmizi Saad, 39, yang bertugas di Pusat Perubatan UPNM berkata, dia menemukan sekeping nota yang diselit di pagar hadapan pusat perubatan itu pada 23 Mei tahun lalu.

Nota itu, menurutnya bertulis tangan berbunyi, ‘kalau ada hati perasaan, ada sifat peri kemanusiaan, saya mintak sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10, blok Satria (depan masjid). Dalam tu, ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!. - hamba Allah.

“Nota itu kemudian saya serahkan kepada jurulatih bertugas, Kapten Haryani Hassan, 34, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Bekas Penolong Ketua Batalion Tuah UPNM, Kapten Haryani Hassan, 34, berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan di bilik 04-10 pada 23 Mei 2017 selepas menerima nota meminta pertolongan untuk merawat seseorang yang sakit di bilik tersebut.

Katanya beliau telah meminta Pegawai Waran UPNM bernama Arick untuk membuat pemeriksaan pada hari sama pihaknya menerima nota bertulis ‘Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ‘ambush’ bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ – Hamba Allah”.

Nota itu diselitkan di pagar hadapan pusat perubatan UPNM itu.

“(Setelah pemeriksaan dilakukan kira-kira 8.50 sehingga 9 pagi), saya terima laporan (daripada Arick) bahawa tiada orang di dalam bilik tersebut sebab masa itu adalah waktu kelas,” kata saksi pendakwaan ke-15 tersebut ketika pemeriksaan balas oleh peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili tertuduh pertama.

Sarjan Mohd Tarmizi, petugas di Pusat Perubatan UPNM, orang pertama yang tahu tentang kewujudan nota ini.

Sepatutnya, kena ada follow up dengan pihak yang bertanggungjawab seperti Kapten Haryani. Fahamkan kenapa wujud nota seperti ini. Ini perkara emergency ke, danger ke, prank ke, apa benda sebenarnya.

Bukan sekadar pass kertas dekat orang lain. And then fikir, “I’m done. After that bukan kerja aku!”

Kalau kita persistent dengan kerja kita, persistent atas dasar tanggungjawab kita…tapi, pihak di sana jenis lepas tangan, at least, kita tahu kita dah buat yang terbaik.

Next, cuba tengok macam mana cara Haryani bekerja. Siapa yang dipertanggungjawabkan atas urusan keselamatan budak-budak kadet ini sewaktu mereka di asrama? Kenapa Haryani tak boleh tahu ada seorang budak mendapat kecederaan teruk?

First, kita tengok macam mana cara pemeriksaan dilakukan - "setelah pemeriksaan dilakukan kira-kira 8.50 sehingga 9 pagi".

Zulfarhan dah kena pukul berjam-jam pada 21 May 2017. Zulfarhan dah kena pukul selama berjam-jam lagi pada hari kedua, 22 May 2017.

Pada Subuh 22 May 2017 alone, Zulfarhan kena tekap dengan seterika selama sejam.

Othman said all of the accused had hit Zulfarhan with their hands and kicked the victim for three consecutive hours, from 2.30am to 5.30am on May 21, 2017, then for another three hours from 1.30am to 4.30am the next day.

Seorang manusia dah kena pukul berjam-jam, dah kena seterika satu jam…tapi pihak berwajib hanya check selama 10 minit!

Nampak tak betapa tingginya amount of effort untuk menyeksa seorang manusia? Dan betapa sedikitnya amount of effort untuk menyelamatkan seorang manusia? Berjam-jam punya penyeksaan vs 10 minit usaha mencari!

Tengok bilik kosong, tengok semua student pergi kelas…buat assumption tak de masalah. Job done.

Ada banyak cara mudah nak check pelajar. Lepas budak-budak ni balik kelas, buat check mengejut. Suruh semua budak-budak dekat floor tersebut / bangunan tersebut, berdiri dekat depan katil masing-masing.

Untuk budak-budak yang tak de, suruh kawan cari / Whatsapp / call sampai jumpa / sampai dapat. Suruh dia balik juga ke bilik asrama.

Kalau tak dapat dikesan juga, take note mana katil yang kosong. Investigate mana budak ni pergi. Cari sampai dapat.

Benda ni bukannya rocket science. Sekadar common sense!

Tapi perkara ini can only be executed by people who have a sense of accountability. Orang yang ada semangat nak solve masalah sampai selesai. Orang yang berasa burden atas suatu amanah / tanggungjawab.

Bukan pada orang yang ada attitude asal buat atau asal siap. Atau, sekadar buat sket…kemudian fikir, “Dah, kerja aku dah siap.”

“Saya sedih, saya ingin buat laporan,” kata seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa dia telah menulis dua surat layang untuk memberitahu pihak atasan UPNM bahawa Zulfarhan Osman Zulkarnain telah didera oleh rakan-rakannya.

Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 22, penuntut tahun tiga jurusan Kejuruteraan Awam UPNM berkata dia telah menulis surat tersebut setelah melihat pegawai kadet laut itu terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan darah pada kulitnya di bilik 4-10 asrama penginapan UPNM pada 6 petang, 22 Mei 2017.

Katanya pada hari tersebut, dia telah pergi ke bilik itu untuk menemui Muhammad Izzul Akhtar, seorang daripada ahli bilik berkenaan berkaitan tugasan kuliah bagaimanapun Muhammad Izzul Akhtar tiada di bilik itu.

“Saya cari Izzul, dia tiada, ketika saya hendak keluar, saya ternampak Osman (Zulfarhan Osman) di atas katil, di hujung bilik, ditutup dengan kain pelikat pada bahagian pusat ke lutut,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada prosiding hari ke-11 kes itu pada Rabu.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata dia kemudian terus balik ke biliknya di asrama 4-06 dan berbincang dengan seorang rakan sebiliknya yang dikenali sebagai Akmal Akif untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Pada mulanya kami ingin buat laporan secara berdepan dengan jurulatih tetapi takut identiti kami akan dibocorkan, jadi kami memikirkan untuk buat surat layang,” katanya memberitahu Akmal Akif mencadangkan untuk menulis surat layang itu manakala dia telah menulisnya di atas kertas A4.

Katanya surat layang pertama diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Muhammad Aiman Aufa bagaimanapun berkata surat layang pertama yang ditulis: “Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ - Hamba Allah" bagaimanapun surat itu diketahui oleh semua ahli bilik 4-10 selepas jurulatih memasukkan surat itu ke dalam mesej melalui aplikasi Whatsapp.

Saksi itu berkata penyebaran surat tersebut telah menyebabkan usahanya untuk memberitahu pihak atasan bahawa Zulfarhan Osman didera gagal apabila seorang daripada penghuni bilik 4-10, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertuduh pertama terlebih dahulu memindahkan Zulfarhan Osman ke bilik 4-06 dengan alasan menumpangkan mangsa di bilik berkenaan untuk sementara waktu.

Muhammad Aiman Aufa berkata selepas kegagalan surat layang pertama, dia dan Akmal Akif sekali lagi bersepakat untuk menulis surat layang kedua yang tertera ayat, “Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman” namun surat itu telah ditemui seorang penuntut lain.

Pelajar berhempas-pulas nak bagitahu perkara sebenar kepada pihak pengurusan. Orang yang sepatutnya buat investigation masukkan dalam Whatsapp group. Macam ni cara pihak pengurusan buat kerja?

Kadang-kadang bila tengok kes-kes macam ni yang buat I sangat teringin nak jadi orang sangat-sangat kaya. So that I boleh guna my wealth untuk bayarkan duit peguam yang terbaik kepada rakyat marhaen yang menerima unfair treatment.

Bawa semua pihak yang bertanggungjawab dalam sesuatu perkara – dari atas sampai bawah, dari pihak pengurusan / kepimpinan sampai staf bawahan – bicara dalam mahkamah. Sekurang-kurangnya, bicara untuk mengenalpasti seandainya berlaku kecuaian.

Orang Kena Tuduh biar Pendakwaraya uruskan.

Pada masa yang sama, beri juga pengajaran kepada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk sesuatu tugasan. Terutamanya bila gaji tu dibayar oleh rakyat. Dalam kes yang melibatkan universiti awam, perbelanjaan staf dan pengurusan adalah dari duit cukai rakyat.

Biar semua merasa turun naik mahkamah. Biar semua rasa beban turun naik mahkamah tak henti-henti. Biar semua terakam memori pahit dibawa mati.

Kadang-kadang manusia kena belajar daripada perkara yang cukup pahit to learn an important lesson in life.

 


 
Gambar : Nota yang dipaparkan di Instagram adik Zulfarhan. Even their family members are not satisfied with how the management handled the matter.

Ulang siar entri Beberapa Pengajaran Pahit Dalam Insiden Pembunuhan Pelajar UPNM Zulfarhan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Beberapa Pengajaran Pahit Dalam Insiden Pembunuhan Pelajar UPNM Zulfarhan. 4.5 5 Unknown Sunday, August 11, 2019 Beberapa Pengajaran Pahit Dalam Insiden Pembunuhan Pelajar UPNM Zulfarhan. Oleh : Fir Fendi   A PAINFUL LESSON FOR ALL PARENTS Seb...


No comments:

Post a Comment