Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara.

 On Tuesday, August 27, 2019  

Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara.

Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara.

Oleh : Khairul Azri

MAHKAMAH BENAR PERMOHONAN KOMITAL TERHADAP AG
1. Mahkamah Koroner sebentar tadi membenarkan permohonan komital (menghina mahkamah) keluarga arwah Adib terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian Adib.


2. Koroner Rofiah Mohamad memutuskan demikian selepas mendapati wujud prima facie atas imbangan kebarangkalian dalam kes inkues itu serta berpuas hati dengan hujahan kedua-dua belah pihak yang dikemukakan sebelum ini.

3. Rofiah berkata mahkamah membenarkan permohonan itu atas alasan berlaku satu tindakan oleh Tommy yang menjurus kepada penghinaan mahkamah.

4. Beliau turut berkata "Ia apabila semasa prosiding mahkamah (inkues) sedang berlangsung terdapat perkembangan untuk memberhentikan peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga mangsa iaitu, Syazlin Mansor yang boleh mencacatkan dan memudaratkan kelancaran inkues.

"Selain itu dalam afidavit yang dikemukan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada 3 April lalu, ia menjadi rentetan hingga ada gesaan supaya inkues ini digantikan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan keadaan itu sekaligus menimbulkan persepsi terhadap inkues yang dijalankan oleh saya atas arahan peguam negara sendiri seolah-olah sebagai satu permainan wayang,” katanya.

5. Berikutan itu mahkamah menetapkan 23 September ini bagi pendengaran dan pengurusan kes selanjutnya.

#justice4Adib

Ulang siar entri Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara. 4.5 5 Unknown Tuesday, August 27, 2019 Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara. Oleh : Khairul Azri MAHKAMAH BENAR PERMOHONAN KOMITAL TERH...


No comments:

Post a Comment