Larangan Solat, Denda RM500, PUTRA Beri Amaran Jangan Cabar Melayu.

 On Thursday, August 1, 2019  

Larangan Solat, Denda RM500, PUTRA Beri Amaran Jangan Cabar Melayu.

Larangan Solat, Denda RM500, PUTRA Beri Amaran Jangan Cabar Melayu.

Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) | 1. PUTRA menerima aduan awam berkaitan satu memo dari majikan yang melarang pekerja menunaikan solat di luar waktu rehat malah mengenakan denda sebanyak RM500 kepada pekerja yang ingkar.
 

 
2. PUTRA menyatakan bahawa kandungan memo ini adalah bertentangan dengan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Bekerja yang di keluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Jakim.

3. Pelancaran Garis Panduan ini telah di buat oleh Timb Menteri Sumber Manusia pada 17 Januari 2019 seperti di laporkan di sini :- https://m.malaysiakini.com/news/460626

4. PUTRA secara tegas menyatakan bahawa tindakan mana-mana majikan melarang pekerja Islam menunaikan solat malah mengenakan denda kepada pekerja yang menunaikan solat di luar waktu rehat adalah bertentangan dengan semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menempatkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

5. Perlembagaan tidak pernah menghalang amalan agama-agama lain asalkan di lakukan dengan aman dan damai dan penganut Islam juga adalah berhak untuk bersolat asalkan hak itu tidak terbukti mengganggu prestasi kerja atau produktiviti syarikat.

6. PUTRA mendesak Kementerian Sumber Manusia untuk menyiasat kesahihan memo ini dan sekiranya benar maka sewajarnya pemilik syarikat ini di kenakan tindakan Undang-undang oleh JTK.

7. Ini adalah sebagai pengajaran kepada semua majikan agar menghormati hak pekerja masing-masing untuk mengamalkan ajaran agama dan sebarang larangan terhadap amalan agama hendaklah di kutuk dan di hukum sewajarnya.

8. PUTRA memberi amaran kepada semua majikan agar jangan lagi sewenangnya menunjukkan kebencian terhadap Agama Persekutuan Selaras dengan peribahasa "di mana Bumi di pihak, di situ langit di junjung"

9. Jangan selalu mencabar kesabaran Melayu dan Islam kerana reaksi balas mana-mana pihak di tindas tidak akan membawa kebaikan kepada penindas.

Sekian terima kasih

PUTRA PERKASA NEGARA

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
1 Ogos 2019
0129770412

Ulang siar entri Larangan Solat, Denda RM500, PUTRA Beri Amaran Jangan Cabar Melayu. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Larangan Solat, Denda RM500, PUTRA Beri Amaran Jangan Cabar Melayu. 4.5 5 Unknown Thursday, August 1, 2019 Larangan Solat, Denda RM500, PUTRA Beri Amaran Jangan Cabar Melayu. Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) | 1. PUT...


No comments:

Post a Comment