Siasatan Awal Kronologi Kematian Mejar Zahir, Anak AR Badul.

 On Wednesday, September 4, 2019  

Siasatan Awal Kronologi Kematian Mejar Zahir, Anak AR Badul.

Siasatan Awal Kronologi Kematian Mejar Zahir, Anak AR Badul.

SEMASA | Berikut dibawah adalah siasat awal kronologi kematian Mejar Mohd Zahir.


Komando Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bhg Tuan.
Laporan Pegawai Terlibat Dengan Kemalangan Dalam Latihan

1. No, Pkt, Nama : Mejar Mohd Zahir bin Armaya (30094**)

2. Pasukan : Skn Sierra, Rejimen 11 Gerakhas

3. Tarikh Lahir : 03 Apr 1983

4. Umur : 36Thn

5. Agama : Islam

6. Bangsa : Melayu

7. Jantina: Lelaki

8. T/Masuk Tentera : 8 Okt 2002

9. T/Tamat Perkhidmatan : 02 Apr 2038

10. Status : Berakhwin

11. Insuran Kelompok: 10 Unit ( 293391)

12. Kumpulan Darah: B+

14. Nama Waris : Nour Shafinar bt Harun

15. Alamat Waris : Blok * **-A-07-**, RKAT Kem Wardieburn, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

16. No.Tel Waris : 018-2668810

17. *Ringkasan Kejadian*.

a. Pada 04 Sep 2019 jam lebih kurang 0855h pegawai tersebut yang sedang melaksanakan demonstrasi gimik sempena penubuhan 5 Div telah membuat aksi tembak menembak dengan Lt Kol Mohd Razahar bin Rashid (3008821). Semasa aksi tersebut, Mej Zahir melakonkan aksi menembak Lt Kol Razahar menggunakan pistol jenis Glock 17 (9mm) dimana kedua-dua pegawai tersebut telah memakai jaket keselamatan bersama plet kalis peluru di bahagian yang akan ditembak.

b. Mej Zahir telah menembak ke arah Lt Kol Razahar dan kena tepat di plet yang dipakai oleh Lt Kol Razahar. Tembakan balas oleh Lt Kol Razahar kepada Mej Zahir telah tersasar sedikit ke bahagian atas plet dan terus terkena ke bahagian belakang badan Mej Zahir. Mej Zahir telah ditarik keluar dari lokasi kejadian dan telah mendapat rawatan kecemasan awal dari pasukan perubatan yang bertugas.

c. Semasa rawatan awal kecemasan tersebut, Mej Zahir tidak memberikan tindakbalas dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Mej Zahir telah dimasukkan ke Unit Kecemasan untuk rawatan susulan dan diletakkan dalam status 30-70.

d. Mej Zahir telah disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 0920h.

e. Jenazah akan diuruskan oleh pihak hospital setelah selesai bedah siasat. Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dan akan disolatkan di masjid yang sama. Pengurusan pengkebumian masih dalam perancangan dan menunggu keputusan dari waris untuk menentukan lokasi pengkebumian.

Sekian, Untuk Makluman Tuan.

Ulang siar entri Siasatan Awal Kronologi Kematian Mejar Zahir, Anak AR Badul. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Siasatan Awal Kronologi Kematian Mejar Zahir, Anak AR Badul. 4.5 5 Unknown Wednesday, September 4, 2019 Siasatan Awal Kronologi Kematian Mejar Zahir, Anak AR Badul. SEMASA | Berikut dibawah adalah siasat awal kronologi kematian Mejar Mohd...


No comments:

Post a Comment