Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir, Isteri Tidur Di Lapangan Terbang, Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar.

 On Thursday, September 19, 2019  

Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir, Isteri Tidur Di Lapangan Terbang, Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar.

Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir, Isteri Tidur Di Lapangan Terbang, Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar.

SOSMED | "Kalau takde duit tu tak payahlah nak backpacker sampai menyusahkan anak sendiri yang masih baby lagi tu," demikianlah antara kritikan netizens terutamanya dari kalangan kaum hawa yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan cerita travel bajet dari Ustaz Zakuan Zaki. 


Cerita travel Ustaz Zakuan Zaki mula menjadi tular selepas beberapa pihak yang membaca penulisan itu beranggapan Ustaz Zakuan Zaki adalah orang miskin yang memaksa diri untuk travel dengan membawa bayi dan isteri yang baru sahaja habis berpantang.

Ini kerana terdapat kisah di mana mereka tidur di lapangan terbang dan taman dengan anak yang baru sahaja berusia dua bulan.

Hal itu dengan pantasnya menjadi kecaman netizens di laman sosial. Rata-rata yang mengecam adalah dari kalangan ibu dan wanita yang nampaknya sangat tidak berpuas hati selepas membaca kisah ibu yang baru sahaja habis berpantang tidur di airport dan taman kerana travel backpacker.

Ustaz Zakuan Zaki kemudiannya tampil dengan penjelasan di laman Facebook beliau hari ini.

Berikut dibawah ialah penjelasan Ustaz Zakuan Zaki;

Ada salah faham sikit kot post Tu sebab yang sebar pun guna tajuk yang buat orang salah faham.

1) Flight kami dari Poland masa tu tengah malam, sampai di Milan pagi² buta. Saya tanya isteri macam mana, dia cakap tidur kejap kat airport Sementara tunggu bas pagi, baru carik hotel. Kalau sekarang ambik hotel, bazir je. Saya tanya ok ke, dia cakap dia ok, nak rasa jugak macam mana tidur kat luar, nak ambik experience baru. So dia tidur dengan anak kat airport, saya tak tidur jaga barang². Lagipun ramai lagi orang putih dan traveler lain tidur kat airport tu tunggu bas pagi.

Pastu polis datang dan suruh semua yang tidur kat airport Tu bangun. Katanya tak boleh baring, boleh duduk je. So kami akur je. Then tak lama lepas tu isteri saya cakap sakit pinggang kalau duduk lama-lama, jom lah carik tempat baring. Masa tu lagi beberapa jam je nak Subuh. So kami pun tunggu subuh dan solat kat airport . Lepas subuh ada bas dah. Kami naik bas jalan² kat taman Citta Alta tu sebab orang kata situ cantik. Awal pagi sunyi sepi takda orang. Kalau ambik hotel pun kena check in tengahari. So lepas jalan2 ambik gambar semua, isteri saya nak tidur kat kerusi taman tu, sebab tak ada orang awal pagi kat situ , sementara nak tunggu tengahari sikit untuk check in hotel. Jadi saya pun mintak giliran tidur dulu kejap sebab tak tidur langsung sejak semalam. Lepas sejam camtu, saya bangun, saya suruh isteri pulak tidur dan saya jaga anak dan barang². Dekat² tengahari kami gerak naik bas carik hotel. Kalau kami check in hotel lepas subuh, kena bayar full, pastu check out tengahari, bazir lah. So sekali tu kami jimat dan isteri pulak excited nak rasa experience baru.

2. Pasal anak, kami dah sediakan semua kelengkapan, saya dah travel dekat 50 negara dah. Jadi adalah sikit-sikit pengalaman, mula2 pergi sorang, pastu isteri cabar diri nak ikut, pastu sekarang nak rasa experience baru bawak baby pulak. Alhamdulillah dah sampai 22 negara dengan baby ni, sikit pun tak meragam, sihat walafiat sebab kami memang jaga dia gila². Tidur pun gilir². Sentiasa dengan selimut tebal dan lain² keperluan. Baby ok je selesa.

3. Kat hotel, breakfast included. Buffet. So kami pun makan breakfast tu, dan ada lebihan makanan tak habis atas meja kami, ada extra nuttela paket kecil dalam 3 paket camtu, so daripada diorang buang, saya bawak je lah. Orang hotel pun ok je saya tanya. So takde lah mencuri. Nuttela tu kami guna buat makan tengahari dengan roti.

4. Kami ada je duit, kad kredit pun ada, tapi isteri saya nak rasa experience macam tu, dan musim pulak musim panas, jadi tak sejuk pun. Saya tak cerita lagi kami merentas Balkan jalan gunung ganang ikut jalan darat. Memang kami yang nak experience. Sebab sebelum ni dah selalu sangat travel guna pakej, orang urus, selesa dan lain-lain. So kali ni kami pilih nak ekstrim sikit, untuk pengalaman semata-mata. Bukan sebab miskin 😆 kalau miskin tak sampai lah ke 40 negara lebih. Semua ok je alhamdulillah. Dah pergi lebih 20 negara dah dengan baby trip Kali ni , Allah pelihara, baby sihat, isteri sihat. Cuma sekali je terkandas kat Airport London 12 jam sebab ada berlaku salah faham dengan tempat sewa kereta dan hotel, nak baring tak boleh kat airport Tu, Boleh duduk je. so isteri saya sakit pinggang. Sekali tu je dia cakap sakit. Waktu lain kami ambik hotel, apartment, airbnb dan lain-lain kemudahan. Cuma benda yang jadi ni sebab waktu flight tengah malam je.

5. Ni baru edit sebab terlupa nak explain pasal 4 hari tu hahaha. Actually memang ambik hotel 1 hari je. Pastu kami ambik airbnb sebab lebih murah, lupa nak cerita. 😆 Yang redah hujan pulak, biasalah semua orang redah hujan. Masa tu pulak kami kat jalanraya, tak ada bangunan kiri kanan. So terpaksa redah sampai ke stesen bas baru ada jumpa bumbung.


Netizens masih tak terima penjelasan.

Meskipun telah memberikan penjelasan tentang situasi sebenar, sesetengah netizens, seperti yang dilihat di laman sosial masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Khususnya kaum hawa.

Bagi mereka kenyataan Ustaz Zakuan Zaki adalah untuk melepaskan tanggungjawabnya sebagai suami kerana nak terlalu berjimat sampai tergamak membiarkan isteri tidur di taman dan lapangan terbang.

Bagaimanapun rata-rata netizens yang mengecam Ustaz Zakuan sebelum ini nampaknya telah berubah arah dengan menerima penjelasan itu dan beranggapan telah terpengaruh dengan tanggapan negatif yang tular di sosmed sejak beberapa hari lepas. - 19 September 2019.

Ulang siar entri Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir, Isteri Tidur Di Lapangan Terbang, Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir, Isteri Tidur Di Lapangan Terbang, Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar. 4.5 5 Unknown Thursday, September 19, 2019 Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir, Isteri Tidur Di Lapangan Terbang, Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar. SOSMED | "Kala...


No comments:

Post a Comment