Isu Bahasa Inggeris, Ini Jawapan Anak Terengganu Untuk Maya Karin.

 On Tuesday, October 8, 2019  

Isu Bahasa Inggeris, Ini Jawapan Anak Terengganu Untuk Maya Karin.

Isu Bahasa Inggeris, Ini Jawapan Anak Terengganu Untuk Maya Karin.

SOSMED | Nampaknya kicauan Maya Karin mengenai tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi murid sekolah rendah di Terengganu mendapat kecaman hebat dari orang Terengganu.

"Saya bertanya pada seorang budak perempuan masa program saya di Terengganu. 

"Berapa umur kamu?" *senyap.

"Berapa umur kamu?" *masih senyap.

Jadi saya ubah kepada "Adik umur berapa tahun?". Terus jawab "10 tahun".

Fikirkanlah..," kicau Maya Karin pada jumaat lepas.

Kicauan itu pada awalnya tular dengan respon positif. Bagaimanapun sedikit demi sedikit respon yang diterima oleh selebriti itu menjadi negatif.

Dan apabila ditangkaplayar dan disebarkan di Facebook, respon yang diterima Maya, lebih banyak yang negatif berbanding positif.


Tidak hanya itu, beberapa netizens juga mula menjadikan isu tersebut sebagai serangan peribadi apabila Maya dipersoalkan kenapa tag Nik Nazmi di kicauan itu.

Sebagai rekod, Maya pernah dikaitkan sebagai punca perceraian Nik Nazmi tetapi dinafikan oleh ahli politik dari PKR itu.

Susulan kecaman demi kecaman yang diterima oleh Maya Karin, seorang pengulas politik dan isu semasa yang agak berpengaruh di sosial media, tampil membuat surat terbuka untuk Maya Karin.

Berikut adalah surat terbuka itu;

Kepada Maya Karin, Di bawah adalah sebuah pintu yang memagar bangunan ilmu Universiti Oxford, England. Ia adalah hasil ukiran seni anak-anak Besut Terengganu. 


Kami bangga kerana kedudukan dan maruah kami ditentukan oleh kesenian dan budaya kami sendiri, bukan oleh bahasa asing. Saya bangga menjadi orang Terengganu. Bangsa Terengganu ini bangsa yang hebat. Saya tak pernah malu menggunakan loghat negeri saya ketika masih belajar dahulu. 

Saya boleh memilih untuk bercakap bahasa baku, tetapi saya memilih untuk bangga dengan asal-usul saya sendiri. Saya bangga menjadi bangsa Terengganu. Ketika awal pemerintahan PM ke 4 dahulu, hampir 20% ekonomi negara dipacu melalui hasil bumi negeri kami. Kekayaan besar negara ini adalah antaranya hasil jerih anak negeri kami. Dan kami masih bersabar walau berpuluh tahun kami dianak tiri. 

Saya bangga menjadi anak Terengganu. Sejarah Islam kami sangat hebat. Ketika Islam memasuki kawasan kawasan lain di Nusantara hanya pada abad ke 15, Terengganu telah menerima hidayah Islam 100 tahun selepas kewafatan Nabi s.a.w (Prof Madya Dr Wan Hussein Azmi, 1987). 

Malah pada awal abad ke 11, umat Islam Terengganu bangkit membantu kerajaan Islam Perak sehingga akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada kami ke atas empayar Srivijaya. 

Tahukah Maya pada abad ke 13, negeri kami ini sudahpun mempunyai sistem pemerintahan Islam yang teratur dan sistematik?. Ya Batu Bersurat itu bukan tanda kehadiran Islam. Ia tanda kewujudan pemerintahan Islam. [1] Saya bangga dengan negeri Terengganu. Hasil bumi kami di darat dan laut bernilai tinggi. 

Mungkin Maya tidak tahu bahawa silika dan hasil kayu negeri ini adalah antara yang paling bernilai di seluruh Semenanjung. 

Mungkin Maya juga tidak tahu bahawa struktur mukabumi Terengganu yang unik dan hasil air yang melimpah menyebabkan negeri ini adalah antara kawasan paling ideal bagi penjanaan elektrik solar dan hidro. 

Saya bangga menjadi anak Terengganu. Disaat negeri-negeri lain membuat reclamation bagi menambah kawasan darat, Terengganu berkorban membuat declamation di kawasan pedalaman. 

Kami menenggelamkan 260 ribu hektar tanah negeri dan ratusan kampung bagi mewujudkan Tasik Kenyir - penampan kepada masalah banjir di Pantai Timur Maya tahu berapa luas 260 ribu hektar? Lebih luas daripada setiap inci tanah Kuala Lumpur. Saya bangga menjadi rakyat Terengganu. 

Rakyat Terengganu bijak. Sebab itu PH tidak boleh bertapak di sini. Pada PRU14, PH hilang deposit di 19 kerusi DUN dan 6 kerusi parlimen. Undi popular parlimen mereka di Terengganu adalah yang terendah di seluruh Malaysia. Hanya 9.87% sahaja. 

Sebab apa? Sebab rakyat Terengganu bijak dan tak mudah kena kelepet Maya Orang Terengganu ini prinsipnya kuat, akar agamanya kukuh, akhlaknya tinggi, mindanya luas dan jiwanya lembut ke atas saudara saudaranya. Kami tidak pernah marah apabila ada orang memperlekeh kebolehan berbahasa Inggeris kami. 

Kerana kami tidak pernah menilai manusia lain melalui cara mereka berkomunikasi. Bagi sesetengah orang, bahasa mungkin menunjukkan kemajuan. 

Bagi kami tidak. Kerana yang paling utama adalah akhlak. Dan akhlak lah yang menjadi inti gagasan membina ketamadunan manusia.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya Bukit Tunggal Kuala Terengganu 

Kredit gambar : Zarir Abdullah 

Rujukan : [1] https://ift.tt/2OuaZTl

Ulang siar entri Isu Bahasa Inggeris, Ini Jawapan Anak Terengganu Untuk Maya Karin. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Isu Bahasa Inggeris, Ini Jawapan Anak Terengganu Untuk Maya Karin. 4.5 5 Unknown Tuesday, October 8, 2019 Isu Bahasa Inggeris, Ini Jawapan Anak Terengganu Untuk Maya Karin. SOSMED | Nampaknya kicauan Maya Karin mengenai tahap penguasaan Bah...


No comments:

Post a Comment