Tak Benar Polis Keluar Kenyataan Tiada Lagi Tangkapan Ahli DAP Seperti Dakwaan Lim Guan Eng.

 On Monday, October 14, 2019  

Tak Benar Polis Keluar Kenyataan Tiada Lagi Tangkapan Ahli DAP Seperti Dakwaan Lim Guan Eng.

Tak Benar Polis Keluar Kenyataan Tiada Lagi Tangkapan Ahli DAP Seperti Dakwaan Lim Guan Eng.

Sidang Media Cawangan Khas Bukit Aman :

1. 12 suspek yang ditahan, ada terlibat dalam TRANSAKSI KEWANGAN melibatkan aktiviti menyokong, merekrut dan mempromosi gerakan LTTE di Malaysia. Terdapat juga transaksi kewangan melibatkan jumlah yang besar. 


2. Suspek-suspek terlibat yang ditahan memiliki bahan (bendera) , buku, poster dan gambar bersama pemimpin LTTE.

3. Kenyataan daripada pemimpin politik bahawa TIADA LAGI TANGKAPAN MELIBATKAN PARTI DAP dinafikan oleh Dato' Ayob Khan. Mungkin dari pegawai lain.

4. Daripada pihak Cawangan Khas, jika siasatan mendapati ada lagi yang terlibat, pihak PDRM akan ambil tindakan dan tahan. Tidak kira daripada Parti Politik atau sesiapa pun.

5. Kesemua suspek tidak dinafikan hak berjumpa keluarga dan lantikan peguam. Dan kesemua suspek sebahagian besar mengenali diantara satu sama lain. Gerakan ini terdapat hampir di setiap negeri dan saling berkait antara satu sama lain.

6. Tangkapan dibuat dibawah SOSMA kerana ini bidang kuasa kami. Kenapa tidak dakwa terus? Kerana kami perlu analisa bukti yang ditahan. Bukti sudah ada, tapi sewaktu tahan kami juga tahan bahan bukti seperti telefon, laptop dan sebagainya. Didalamnya terdapat bukti-bukti lain juga yang perlu kami siasat.

7. Tangkapan dibuat bukan berdasarkan sentimen parti dan sebagainya. Perkara melibatkan akta keselamatan yang merupakan perkara yang serius, perlu ditangkap dan PDRM ada kuasa untuk lakukan tangkapan.

8. Dalam siasatan jika ada bukti dan asas yang kukuh, pihak PDRM akan ambil tindakan dan tangkap. "Saya tidak kira siapa pun mereka" - Datuk Ayob Khan.

9. "Ada orang kata kecilkan saiz Tentera (ATM), apa dia ingat tentera dan polis tidur ka?". Kita sudah lihat bagaimana serangan pengganas tempoh hari terhadap Menteri Kerajaan di Indonesia, ini perkara yang serius.

10. Kita akan terus memantau dan mencari bukti. Tindakan-tindakan memprovokasi dan serangan terhadap PDRM akan diambil tindakan tegas. Kami sentiasa perhati dan pantau mereka.

Datuk Ayob Khan
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas (E8) Counter Terrorism, Bukit Aman.

Ulang siar entri Tak Benar Polis Keluar Kenyataan Tiada Lagi Tangkapan Ahli DAP Seperti Dakwaan Lim Guan Eng. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tak Benar Polis Keluar Kenyataan Tiada Lagi Tangkapan Ahli DAP Seperti Dakwaan Lim Guan Eng. 4.5 5 Unknown Monday, October 14, 2019 Tak Benar Polis Keluar Kenyataan Tiada Lagi Tangkapan Ahli DAP Seperti Dakwaan Lim Guan Eng. Sidang Media Cawangan Khas Bukit Aman : 1...


No comments:

Post a Comment