Tenaga Pengajar British Council 'Sound' Perhimpunan #KitaLawan.

 On Sunday, March 29, 2015  





Tenaga Pengajar British Council 'Sound' Perhimpunan #KitaLawan.





“Saya terpaksa keluar dari kelas untuk berjumpa dengan penganjur bagi memastikan peserta #Kita Lawan tidak meredah ke dalam bangunan dan menggangu kelas yang sedang berjalan.”

Demikian kata seorang pendidik British Council, Anna Steven yang ketika ditemui mengadakan kelas Bahasa Inggeris di pusat pembelajaran itu di Jalan Ampang.

Pendidik-pendidik itu berang dan menyeru penganjur demonstrasi mengawal keadaan apabila penyokongnya seperti hilang arah dengan melaungkan protes terhadap kerajaan.

“Pelajar-pelajar saya sangat takut apabila mendengar jeritan itu, bahkan ibu bapa juga sudah bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dakwa beliau, perhimpunan tersebut sememangnya mengganggu ketenteraman awam.

Beliau turut menggesa agar pihak penganjur tidak bertindak keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan kepada orang lain. -FMT.




Ulang siar entri Tenaga Pengajar British Council 'Sound' Perhimpunan #KitaLawan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Tenaga Pengajar British Council 'Sound' Perhimpunan #KitaLawan. 4.5 5 Unknown Sunday, March 29, 2015 Tenaga Pengajar British Council 'Sound' Perhimpunan #KitaLawan. “Saya terpaksa keluar dari kelas untuk berjumpa dengan pengan...


No comments:

Post a Comment