Rakyat Malaysia Tidak Mahu Kerajaan Merayu Bagi Membawa Pulang Pelajar Obsesi Seks Terlampau Terhadap Kanak2 Kerana Bimbang Pelajar Itu Akan Merogol Kanak2 Malaysia.
Rakyat Malaysia mula menyebarkan gambar Fitri bersama kanak2 lelaki. |
Sakit otak pun ya menterinya.
Ada sesiapa kesah ke (kecuali family dia maybe la) kalau pelajar tersebut didakwa, dihukum atau tidak dibawa pulang ke Malaysia?
Baca ini jap ;
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan mempertimbangkan sama ada untuk merayu dalam kes seorang pelajar tajaan Mara yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown di London, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata pihak kementerian boleh mengemukakan rayuan untuk mengurangkan tempoh hukuman itu tetapi tertakluk kepada perundangan di negara itu.
"Kita boleh merayu ... masalahnya kita tertakluk kepada perundangan negara tersebit. Kita perlu menghormati perundangan yang negara lain amalkan. Kita akan lihat bagaimana (kes) pelajar ini nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mara Bersama Komuniti Usahawan Rompin di Kuala Rompin, semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kes pelajar tajaan MARA, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.
Bagaimanapun, Mara dalam satu kenyataan mendakwa pelajar itu hanya dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan.
Berdasarkan maklumat akhbar British, pelajar pintar matematik di Imperial College London itu ditahan semasa serbuan polis di tempat tinggalnya di Queensborough Terrace berdekatan dengan Hyde Park pada 20 November tahun lepas dan merampas 600 video dan gambar kategori "A” yang didefinisikan oleh pihak berkuasa British sebagai "extreme form of child sexual abuse" (penderaan seksual kanak-kanak yang melampau).
Pelajar itu dilaporkan ke London untuk melanjutkan pelajaran pada tahun lepas setelah mendapat tajaan MARA vyang terletak di bawah KKLW.
Sementara itu, akhbar British melaporkan MARA memaklumkan Nur Fitri hanya dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan dan berdasarkan hukumannya bermula sejak dia ditahan November tahun lepas, pelajar itu hanya perlu berada di penjara selama empat bulan.
MARA memaklumkan berdasarkan perundangan Visa dan Imigresen di United Kingdom seseorang yang telah menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara boleh dihantar pulang ke negara asalnya.
Berdasarkan fakta tersebut MARA yakin Nur Fitri dapat dihantar pulang dalam masa tiga hingga empat minggu lagi.
MARA juga dilaporkan telah menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri sebaik dia ditahan.
- Bernama
Untuk pengetahuan Mara dan Kementeria Luar Negeri ;
1. RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHU NUR FITRI DIBAWA PULANG ATAU DIPERCEPATKAN PROSES UNTUK MEMBAWA DIA PULANG.
2. RAKYAT MALAYSIA BERBESAR AHTI DENGAN TINDAKAN UK MEMENJARAKAN INDIVIDU TERSEBUT DAN TIADA MASALAH JIKA NUR FITRI DIPENJARAKAN SEHINGGA 5 TAHUN SEKALIPUN.
3. RAKYAT MALAYSIA BERHARAP JIKA KERAJAAN MAHU MEMBAWA DIA PULANG, NUR FITRI PERLU MENJALANI PROSES PEMANTAUAN YANG TEGAS OLEH PENGUATKUASA TEMPATAN.
4. CONTOHNYA. SETIAP HARI PAGI DAN PETANG NUR FITRI PERLU MELAPOR DIRI KE BALAI POLIS.
5. NUR FITRI PERLU MEMAKAI GELANG KHAS DAN LEBIH BAIK JIKA POLIS MEMERHATIKAN PERGERAKAN DIA SELAMA 24 JAM SEHARI.
6. NUR FITRI DILAPORKAN MEMPUNYAI OBSESI SEKS MELAMPAU TERHADAP KANAK2 KHUSUSNYA KANAK2 LELAKI.
7. Aku pernah melihat dokumentari isu kes2 jenayah macam neh la. Kesemuanya bermula dari khayalan. Kemudian. Tengok2 gambar. Kumpul. Lama kelamaan perkara itu tidak akan lagi memuaskan ahti mereka.
8. Maka bagi memuaskan nafsu / keinginan mereka, mereka mahu melakukan perkara itu. Mereka mahu bersama kanak2 dan memuaskan keinginan mereka.
9. Dan kerajaan sedang bercakap tentang individu ini. Bawa pulang ke Malaysia? Mempertimbangan hak untuk merayu?
10. What the fuck is that. Kerajaan kau dah gila nak mampos? Tak perlu timbang apa2. Kalau nak pertimbangkan pun pertimbangan untuk hukum penjara lama2 lagi bagus.
11. Kerajaan tak serik2 dan tak belajar ke berapa ramai kanak2 telah menjadi mangsa rogol dan liwat.
12. Kita sebagai masyarakat Malaysia perlu melihat kes ini secara serius. Kerajaan perlu dipaksa bagi memikirkan keselamatan rakyat adalah utama. Tahap keselamatan di negara ini sudah la tahapnya macam sampah. Dan itu pun kerajaan nak tambah masalah lagi dengan membawa pulang Nur Fitri laju2. Gila. Memang gila nak mampos.
Kbai.
Ulang siar entri Rakyat Malaysia Tidak Mahu Kerajaan Merayu Bagi Membawa Pulang Pelajar Obsesi Seks Terlampau Terhadap Kanak2 Kerana Bimbang Pelajar Itu Akan Merogol Kanak2 Malaysia. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment