UMNO Nafi Familia MyVI Club Ahli UMNO.
Pergerakan Puteri UMNO menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana.
Penafian itu dibuat Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Berikutan dakwaan itu, beliau meminta pihak berkuasa agar segera menyiasat dalang di belakang laman berkenaan yang dilihat telah memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka.
“Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa.
“Malah, wajah dipaparkan yang mendakwa sebagai pengendali laman itu turut tidak dicam ahli Puteri UMNO Gombak sendiri. Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lalu agar segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini.
“Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi orang dalam juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.
Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, tindakan mengheret nama Puteri UMNO dilihat sebagai usaha pihak tidak bertanggungjawab itu menyelamatkan diri.
Menurut Mas Ermieyati berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap keluarga mangsa. -FMT.
Ulang siar entri UMNO Nafi Familia MyVI Club Ahli UMNO. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment