Kami Bantu Bebaskan Anwar Jika Pembangkang Bantu Kami Tumbangkan BN - Muhyiddin Yasin

 On Wednesday, September 14, 2016  

Kami Bantu Bebaskan Anwar Jika Pembangkang Bantu Kami Tumbangkan BN - Muhyiddin Yasin

Kami Bantu Bebaskan Anwar Jika Pembangkang Bantu Kami Tumbangkan BN - Muhyiddin Yasin


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar semua parti pembangkang dapat bersatu untuk menyokong parti baharu itu dalam usaha menentang BN dalam pilihan raya akan datang. 

Ujarnya lagi, PPBM sudi bekerjasama dengan parti pembangkang lain untuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. Jelas Muhyiddin lagi, pihaknya akan mendesak pembebasan itu kerana ianya merupakan permintaan daripada orang ramai. 

“Kita perlukan reformasi sistem pilihan raya yang radikal untuk membebaskan semua rakyat Malaysia. Hanya melalui penukaran kemudi, kita dapat tentukan nasib Anwar. “Kita tak boleh harapkan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib untuk bebaskan Anwar. Jika kita boleh setuju membebaskan Anwar matlamat yang penting, kita boleh sepakati perkara ini apabila kita bentuk kerajaan,’katanya, lapor Free Malaysia Today. 

 PPBM yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dilulukan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) minggu lalu. 

 Parti baharu itu turut dianggotai oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai naib presiden. Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO turut menegaskan bahawa beliau tidak akan sertai UMNO semula. “Saya juga tidak mahu sertai UMNO semula kerana parti itu dilanda rasuah dan pengurusan sekian lama,”tegasnya.

Ulang siar entri Kami Bantu Bebaskan Anwar Jika Pembangkang Bantu Kami Tumbangkan BN - Muhyiddin Yasin bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kami Bantu Bebaskan Anwar Jika Pembangkang Bantu Kami Tumbangkan BN - Muhyiddin Yasin 4.5 5 Unknown Wednesday, September 14, 2016 Kami Bantu Bebaskan Anwar Jika Pembangkang Bantu Kami Tumbangkan BN - Muhyiddin Yasin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)...


Related Post:

No comments:

Post a Comment