Mati Hidup Semula Pun Aku Taknak Dekat Kau, Mulut Biadap - Aidil Marahkan Rita Kerana Usik Rumahtangganya.

 On Tuesday, April 18, 2017  

Mati Hidup Semula Pun Aku Taknak Dekat Kau, Mulut Biadap - Aidil Marahkan Rita Kerana Usik Rumahtangganya.

Mati Hidup Semula Pun Aku Taknak Dekat Kau, Mulut Biadap - Aidil Marahkan Rita Kerana Usik Rumahtangganya.

Tak habis-habis dengan kontroversi.

Pelakon wanita popular yang juga pengacara, Rita Rudaini tak habis-habis dilanda kontroversi sepanjang awal tahun ini apabila satu demi satu isu terpalit ke atas dirinya.

Bermula dengan dakwaan Rita cuba memusnahkan rumahtangga Aqasha kepada fesyen rambut peliknya yang dikritik netizens hinggalah dimarahi Aidil kerana mengaitkan dirinya sekali lagi dalam hidup Rita.

Ianya bermula apabila Rita Rudaini berkongsikan satu gambar dengan caption, jodohnya bukan ditangannya.


Komen itu kemudiannya mengundang pelbagai respon. Ada yang menyokong namun tak kurang juga menyindir Rita. Ia mungkin ada kaitan dengan angin spekulasi hubungan Rita dengan Aqasha yang bertiup kencang semenjak kebelakangan ini.

Tidak tolak poligami

Rita juga pernah memberitahu kepada media bahawanya beliau tidak pernah menolak poligami. 

Saya tidak pernah cakap anti -poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang. Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah”, katanya kepada Projek MMOnline pada ahad.

Tambahnya lagi, Sedangkan dalam agama sendiri juga dibolehkan berpoligami dengan syarat-syarat dan kepatuhan-kepatuhan yang tertentu, kenapa pandang keji. Saya sendiri tidak pernah pun mengeji wanita yang berstatus isteri kedua atau ketiga. Tidak pernah. Sedangkan adalah lebih baik bernikah berbanding buat hal tak betul ke hulu ke hilir”.

Respon netizens & Aidil


Dalam tajuk cerita yang sama, netizens kemudiannya menghadirkan pelbagai respon. Ada yang bertindak memerli Rita sehingga memaksa pelakon menjawab kepada sindiran tersebut. Sindiran yang berbunyi;

"Ketawa je si Zarema you cakap begitu, hehe #jangankecamsaya", katanya.

Lalu Rita bertindak balas dengan menjawab, "Memang saya nak dia ketawa dan happy sebab asyik sedih je suami buat pusingan uturn oppss #jangankecamsayadik", dalam status tersebut.

Komen itu kemudiannya discreenshot dan dimuat semula oleh Aidil di laman Instagram, kali ini giliran Aidil pula mengamuk marahkan Rita.

"Oi perempuan kau neh dah takde kerja lain ke, asyik-asyik nak kacau hidup orang", katanya dalam memulakan ayat amarahnya.

"Aku neh mati hidup semula aku neh tak akan balik dekat orang mulut macam kau neh tahu tak. Aku neh betul hilang sabar dengan kau neh. Kalau nak publicity murahan pun bukan dengan cara menganggu hidup orang lain. Aku diam tak kacau hidup kau. Apa motif kau nak buat benda-benda macam neh?", katanya lagi.

Aidil turut menyifatkan tindakan Rita itu sebagai biadap.

"Sudah-sudahlah tu, buat hal masing-masing. Jangan hidup nak mengacau orang je. Penatlah melayan perangai kau neh. Biadap", katanya mengakhiri luahan tersebut. - Sozcyili.

Ulang siar entri Mati Hidup Semula Pun Aku Taknak Dekat Kau, Mulut Biadap - Aidil Marahkan Rita Kerana Usik Rumahtangganya. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Mati Hidup Semula Pun Aku Taknak Dekat Kau, Mulut Biadap - Aidil Marahkan Rita Kerana Usik Rumahtangganya. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 18, 2017 Mati Hidup Semula Pun Aku Taknak Dekat Kau, Mulut Biadap - Aidil Marahkan Rita Kerana Usik Rumahtangganya. Tak habis-habis dengan kontr...


No comments:

Post a Comment