Padah Geletek Bayi, Kerana Ia Menyebabkan Kematian - Doktor Jawab Mitos Karut!
Oleh : Suhazeli Abdullah
Mitos perubatan semakin pelik. Kekadang kelakar sebab ada juga percaya mitos tersebut.
Terbaharu, disebarkan cerita seorang kanak-kanak bernama Alya mati kekejangan akibat digeletek oleh ibunya. Cerita tersebut tidak dinyatakan di mana, umur berapa dan bila berlaku. Jalan penceritaan pun nampak tidak pasti kesahihannya.
Sepanjang sejarah perubatan tidak ada lagi kanak-kanak mati akibat digeletek. Kononnya kanak-kanak itu geli yang bersangatan dan ketawa sehingga boleh menghentikan degupan jantung. Akhirnya mati kekejangan.
Kanak-kanak tidak sewenangnya mati akibat serangan jantung. Bahkan jika digeletek sekalipun tiada kes yang berakhir dengan serangan jantung. Sepanjang tempoh pengalaman saya, tidak pernah lagi kanak-kanak dirawat secara cemas atau masuk wad dan mati akibat digeletek.
Penulisan kes mati yang diakibatkan geletek pun tidak pernah ditulis dalam mana-mana catatan ilmiah atau jurnal perubatan. Atau mungkin saya tidak ketahui kewujudannya. (Jika ada, tolong maklum kepada saya).
Walaupun terdapat satu kes yang berlaku di New York, kanak-kanak perempuan 3 tahun mati akibat digeletek. Dakwaan dari ibunya, anaknya mati semasa ketawa yang terlampau. Namun, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai penderaan kanak-kanak. Siasatan mendapati kanak-kanak tersebut diseksa bukan akibat digeletek, tetapi kekejaman fizikal. Seluruh badannya lebam.[1] Beliau sudah dikenakan tindakan undang-undang.
Satu lagi mitos berkait dengan geletek ini adalah, kanak-kanak akan mengalami gagap (jika selalu digeletek). Kes kanak-kanak gagap ini pun mitos perubatan. Penyakit gagap bukan berpunca dari geletek, tetapi majoriti (6 dari 10) kes adalah faktor keturunan.[2]
Semoga perkongsian ini tidak menyekat anda dari terus bergurau manja dengan anak-anak. Pun begitu, agama kita mengajar supaya jangan berlebihan dalam sesuatu perbuatan. Bersederhanalah.

Ulang siar entri Padah Geletek Bayi, Kerana Ia Menyebabkan Kematian - Doktor Jawab Mitos Karut! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment