Pengasuh - Ibu Bapa Perlu Hadamkan 10 Perkara Ini Sebelum Hantar Anak Ke Pusat Jagaan.

 On Monday, April 24, 2017  

Pengasuh - Ibu Bapa Perlu Hadamkan 10 Perkara Ini Sebelum Hantar Anak Ke Pusat Jagaan.

Pengasuh - Ibu Bapa Perlu Hadamkan 10 Perkara Ini Sebelum Hantar Anak Ke Pusat Jagaan.

Oleh : Bel Nahwen
PENGASUH
Hari ini, berlegar-legar di timeline saya beberapa kisah kecuaian pengasuh yang mengakibatkan kecederaan kepada anak asuhannya.
Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya juga menghantar anak saya untuk diasuh, bezanya disini adalah yang mengasuh anak saya merupakan kakak ipar saya sendiri.
Pengasuh
Gambar Hiasan - Google
Lima tahun saya menggunakan khidmat kakak ipar saya sebagai pengasuh dan saya rasa saya tidak mampu memberikan jagaan serta asuhan sebaik dirinya.
Saya tahu, ada yang tidak bernasib baik seperti saya yang mendapat pengasuh di kalangan ahli keluarga sendiri, tetapi ada juga saya lihat rakan-rakan saya yang bernasib baik seperti saya kerana dikurniakan seorang pengasuh yang bertanggungjawab.
Ya, ia merupakan rezeki masing-masing. Jika amanah yang dipikul itu diambil sambil lewa sahaja dan lebih mementingkan bayaran. Maka berlakulah perkara-perkara seperti didalam akhbar.
Cuma, nak salahkan pengasuh sahaja pun tidak boleh. Kerana bukan saya tidak jumpa kerenah ibu bapa yang menghantar anaknya kepada pengasuh seperti menghantar anak kepada orang gaji. Memang kalian bayar bulan-bulan tetapi janganlah mengambil kesempatan terhadap pengasuh kalian.
Pesan saya kepada mereka yang hantar anak kepada pengasuh;
1) Pakaian. 
 Sediakan pakaian anak secukupnya. Standbylah lebih sikit baju anak-anak, pampers anak-anak. Janganlah buruk sangka bahawa pampers anak itu diberikan kepada anak orang lain yang turut diasuh. Jangan kedekut sangat.
2) Ambil Anak. 
 Kalau boleh, masa balik kerja tu. Ambillah anak on time. Janganlah nak balik tidur dulu. Kemudian tak beritahu pula yang akan ambil anak lambat. Tertunggu-tunggu pengasuh tu. Mereka pun ada kerja lain juga nak buat.
3) Cuti. 
Kalau hari anda cuti, cutikanlah juga pengasuh. Hari-hari anda hantar, kemudian hari cuti anda hantar sebab anda nak rehat. Pengasuh tu tak payah rehat ke? Elok pula ada yang siap pergi berkelah dengan anak-anak yang dah besar dan tinggalkan dibayi dengan pengasuh. Padahal, anak-anak itu sudah boleh diharap untuk tengok-tengokkan adiknya.
4) Bayaran. 
Bayar upah pengasuh seelok-elok ikut perjanjianlah. Kalau ada masalah kewangan tiba-tiba muncul, inform mereka. Bukannya buat diam, pengasuh pula tebal muka nak minta bayaran upah. Delay sampai 10 dari. Kemudian bagi alasan dah terguna duit upah itu. Janganlah sampai tidak ada belas begitu.
5) Makan minum. 
Bab makan minum pula. Memanglah anak kita kecil, banyak mana makanan rumah pengasuh akan luak. Tetapi kan elok berbahasa, ada duit lebih, tolong belikan lauk basah ke, sayur ke. Kita berbahasa, pengasuh pun senang hati. Ini tidak, dia tak hulur makan, anak dihantar waktu tengah hari pun tak diberi makan dari pagi lagi, disuruh pula menumpang kat makanan anak orang lain yang diasuh sama. Beragaklah.
6) Bekal. 
Kadang-kadang, ada ibu bapa suka bekalkan anak-anak dengan makanan/minuman seperti biskut/vitagen/coki coki. Kalau boleh, sediakanlah lebih sikit. Hulurkan juga kepada anak pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh. Tak rugi pun kita bersedekah sekali sekala kan.
7) Lepas tangan.
Ada ibu bapa juga akan memberikan 'bekal' extra kepada pengasuh iaitu pampers anak yang penuh dengan najis. Kalau anak baru berak. Ok lagi. Tapi kalau najis dah kering kat punggung? Nampak sangat memang taknak tukar. Pemalas betullah!.
8) Jangan nak jatuh hukum. 
Asal anak balik nampak luka sikit. Kita tuduh dia dera. Kita tuduh dia suka-suka pukul anak kita. Hakikatnya, lasak budak-budak baru nak pandai bertatih, berjalan, merangkak tu kita tak tahu bagaimana kan. Kan elok tanya dahulu dari menuduh. Kalau kita pun terkadang tidak dapat sabar dengan anak yang kita kandung sendiri. Bagaimana dengan mereka? Cuma, saya rasa kita pun tak mampu jadi seperti pengasuh yang sanggup menjaga anak orang luar seperti anak sendiri untuk beberapa jam.
9) Bonus. 
Janganlah terhad sangat bagi upah kat pengasuh takat jumlah yang sedia ada. Kalau kita dapat overtime ke, ada claim extra ke, bonus raya ke, tak salah kalau kita hulur-hulur sikit kat mereka tanda terima kasih. Ini tidak, anak dah besar sikit, ada yang suka-suka turun upah tanpa berbincang. Macam ni pun ada. Berkiranya!
10) Undang-undang. 
Janganlah rigid sangat dengan 'itu tak boleh', 'ini tak boleh' kat pengasuh. Lebih-lebih lagi pengasuh yang dah berpengalaman dari kita yang baru ada anak satu ni. 
Memang ada ibu bapa hipster dengan #ibumuda  #youngcouple ni yang cerewet sebagai contoh bab makan anak perlu bagi puri lah, minum susu mesti EBM (tapi bagi yang beku kejung dalam bekas. Anak melalak nak minum, pengasuh terkejar-kejar nak bagi susu cair).
Kita ni, ada orang yang sudi jaga anak kita pun kita patut bersyukur. Janganlah kita ambil kesempatan pula. Sebab apa, sebab kesabaran seseorang tu ada limitnya. Elok-elok dia boleh tahan sabar, kita naik lemak, anak-anak kita pula jadi mangsa.
Notakaki : Memang ada pengasuh yang diambil kesempatan oleh ibu bapa. Tapi bab pengasuh yang memang tidak berperikemanusiaan, semoga hukuman setimpal diberikan kepada mereka.

Ulang siar entri Pengasuh - Ibu Bapa Perlu Hadamkan 10 Perkara Ini Sebelum Hantar Anak Ke Pusat Jagaan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pengasuh - Ibu Bapa Perlu Hadamkan 10 Perkara Ini Sebelum Hantar Anak Ke Pusat Jagaan. 4.5 5 Unknown Monday, April 24, 2017 Pengasuh - Ibu Bapa Perlu Hadamkan 10 Perkara Ini Sebelum Hantar Anak Ke Pusat Jagaan. Oleh : Bel Nahwen PENGASUH Hari ini, berlegar-...


No comments:

Post a Comment