Ya, Zakir Naik Ialah Penduduk Tetap Malaysia Kata Menteri.

 On Tuesday, April 18, 2017  

Ya, Zakir Naik Ialah Penduduk Tetap Malaysia Kata Menteri.

Ya, Zakir Naik Ialah Penduduk Tetap Malaysia Kata Menteri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik diberikan status penduduk tetap di Malaysia, lapor Free Malaysia Today


Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata ia diberikan kira-kira 5 tahun lalu. “Saya ingin mengesahkan beliau berstatus penduduk tetap di Malaysia, tetapi bukan warganegara. 

“Kedudukan itu (diberikan) lebih 5 tahun lalu, ertinya sebelum saya menjadi menteri dalam negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa “Human Ecology 2017” di sini hari ini. 

Zahid dilantik menteri dalam negeri pada 2013, menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Sebelum ini, kerajaan menafikan Zakir sudah diberikan taraf kerakyatan Malaysia, bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada beliau diberikan status penduduk tetap. 

Zakir, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 2013, kini berdepan siasatan pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan mempromosikan propaganda pengganas.

Ulang siar entri Ya, Zakir Naik Ialah Penduduk Tetap Malaysia Kata Menteri. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ya, Zakir Naik Ialah Penduduk Tetap Malaysia Kata Menteri. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 18, 2017 Ya, Zakir Naik Ialah Penduduk Tetap Malaysia Kata Menteri. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan ...


No comments:

Post a Comment