Ini Kisah Kejayaan Wanita Jual 5,000 Batang Aiskrim Sebulan.
Oleh : Wada Duris
Dulu sebelum saya jual ice cream, saya nampak kawan saya post yang dia buat ice cream chok-choki dan sumi. Disebabkan rajin, saya tanya dia "bagila resipi dan ajarlah saya". Beruntungnya saya sebab ada kawan yang tak lokek ilmu sedangkan saya boleh je google untuk dapatkan resipi 😅
Saya pun buat makan adik beradik. Adik saya pon bagi kat kawan-kawan dia. Keesokan hari. Budak-budak ketuk pintu "cik nak beli ice cream". Saya tengok ibu, ibu tengok saya hahhahahaha😃😃
Tiba-tiba terdetik, why not aku try jual ice cream. Ayah jual buah, so bole buat ice cream buah. So, saya pakat dengan adik saya Nisa Duris . Mase tu dia la orang kuat saya 👭
Awalnya tiap minggu boleh jual 200 batang.
2 bulan kemudian, makcik sedara nak buat jualan kat Singapura. Dari pada 200 batang tiap minggu sampai lah ke 600 batang tiap minggu.
2 bulan kemudian, makcik sedara nak buat jualan kat Singapura. Dari pada 200 batang tiap minggu sampai lah ke 600 batang tiap minggu.
Ayah saya suka tengok saya berniaga, makin hari makin tambah order. Kasih seorang ayah, dia belikan saya freezer sebab dia tengok saya selalu kusut bila order banyak, esbox tak muat 😂😂
Pada awalnya perniagaan saya dekat area JB agak hambar. Sebab terlalu ramai yang buat ice cream ni. Tapi saya percaya rezeki, rezeki tak pernah salah alamat. Dan sekarang 1 bulan saya dapat jual 5000 batang ice cream. Dapat juga supply ke sekolah-sekolah. Terima kasih cikyun sebab kenalkan saya dengan cikgu tu 😘
Saya cuai dengan solat saya. Sampai berjanji manis "lepas ni nak solat, tak nak tinggal solat dah".
Sebab tuhan makbulkan doa say , DIA bagi saya rezeki tak pernah putus. Tapi saya tak solat-solat. Ade 1 hari tu, tengah buat order yang banyak, saya pon ucap syukur "Alhamdulillah 3 kali,Ya Allah kau murahkan la rezeki aku". Tetiba kawan saya whatapps "babe,aq nak order ice cream untuk event". Bertapa sebaknye hati saya. Itu jam juga Allah bagi 😭😭
Dalam tak sedar hari ini genap 1 tahun saya jual ice cream. Dulu pinjam ibu, pinjam duit adik untuk modal, sekarang saya dah boleh modal sendiri. Dulu buat ice cream pindah randah. Pinjam kereta ibu, pinjam kereta mertua, pinjam kereta abg ipar, pinjam motor kawan. Tapi itu bukan alasan untuk saya cepat putus asa.
Alhamdulillah, saya dapat gajikan 2 orang pembantu.
Ini semua berkat redha seorang suami Naqif Iman, doa ibu ayah, mak mertua, adik beradik, adik beradik ipar, kawan-kawan, saudara mara dan family. Mereka banyak bantu saya dan suami. Terima kasih, semoga Allah balas jasa korang.
Sekadar perkongsian.
Jangan takut dgn persaingan. Bersaing secara sihat.
Jangan takut untuk kongsi rezeki yang Allah bagi.
Suami selalu pesan "bersyukur dulu, apa-apa pon bersyukur dulu".
Jangan takut untuk kongsi rezeki yang Allah bagi.
Suami selalu pesan "bersyukur dulu, apa-apa pon bersyukur dulu".
Kalau hari-hari cakap tak cukup tak cukup, akan tak cukup lah 😁. Kata-kata itu kan doa.
Kena tahu rezeki ini bukan Hanya "DUIT".
Kena tahu rezeki ini bukan Hanya "DUIT".
Ulang siar entri Ini Kisah Kejayaan Wanita Jual 5,000 Batang Aiskrim Sebulan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment