Perhabis Duit Untuk Terapi Ozon Sampai Ada Yang Meninggal..

 On Monday, May 8, 2017  

Perhabis Duit Untuk Terapi Ozon Sampai Ada Yang Meninggal..

Perhabis Duit Untuk Terapi Ozon Sampai Ada Yang Meninggal..

Perhabis duit untuk ozon terapi konon elak dialisis?
Kejadian di salah sebuah hospital di Pantai Timur
Pakcik 50 tahun, bila datang klinik pra-dialisis sibuk beria tanya keputusan darah. Rupa-rupanya, bukan apa, dia nak tahu terapi Ozon berjaya atau tidak. Habisnya, beliau tak sempat dialisis sebab datang hospital dah tenat. Beliau meninggal dunia kerana paru-paru teruk masuk air.
Kes kedua, serupalah lebih kurang. Nasib baik sempat mulakan dialisis sebelum terlambat. Beliau masih selamat. Tapi, dah berpuluh ribu habiskan untuk ozon yang tidak ada baik nya itu, nak bayar dialisis katanya tak mampu (dialisis, kalau subsidi kerajaan di Pusat NGO tak sampai RM100 pun ada). Rawatan harga beribu & tak ada bukti, bayar tak apa. Yang terbukti ini, tak mahu bayar pulak. Pelik.
Kes ketiga, perempuan berumur 40. Kencing Manis (Type I) banyak tahun. Suruh dialisis, lari pergi ozon. Lepas habis berpuluh ribu dan makin teruk tak larat selepas sebulan, datang balik hospital. Nasib baik sempat yang ini.
Maaf, mana yang baiknya ozon terapi ini? Saya sendiri pun ada pesakit sudah meninggal dunia sebab terlampau taksub dengan ozon, tak mau dialisis.
Marah saya membaca artikel New Straits Times ini, melaporkan bahawa yang pengurus ozon ini konon nak Kementerian Kesihatan pertimbangkan balik keputusan pengharaman. Cuba hadam balik betul-betul kenyataan Menteri Kesihatan hari itu.

Maaf ye, kami bukan buat suka-suka, keputusan ini telah mengambil aspek macam-macam. Tak ada pasal kami nak bincang dengan pengamal ozon itu. Kami lihat dari segi kajian & keselamatan yang telah dilapor oleh jurnal antarabangsa.
Artikel ini kata: 
1. Not discussed in detail? Mengarut saja. Berbulan KKM mengkaji pelbagai aspek
2. Ministry shouldn't listen to stories? Memang tak; KKM lihat aspek saintifik. Story-story tak main. Cerita pengurus dan pengamal ozon pun tak boleh pakai.
3. Terapi ozon ikut prosedur? Maaf, SOP apa yang anda pakai? Ada rujuk KKM? Tak ada.
4. Not profit driven? Pendapat saya, semuanya profit driven. Harga rawatan pun katanya RM500 setiap kali. Berpuluh ribu pesakit dah habis, tak baik jugak. Siapa yang kena hadap? Kami juga. Kami memang bersedia membantu, tidak ada masalah. Tapi faham lah ye, kami pun manusia biasa.
Yang konon orang ramai nak ozon itu, apa hal pulak nak ambil risiko & bahayakan diri anda sendiri? Pelik ya masyarakat sekarang ini lebih percaya pemilik ozon terapi & "Pakar-Pakar"nya yang entah mana kredentialnya datang; berbanding dengan Pakar-Pakar Perubatan sendiri. Pergi BINCANG dulu dengan Doktor anda, mohon JANGAN suka-suka buat rawatan yang tiada kebaikan, dan mendatangkan kemudharatan.
Sedarlah, sebelum terlambat.
Saya mohon JANGAN ada sesiapa pun yang menyoal keputusan KKM. Kami semua nak yang TERBAIK sahaja untuk anda.

Ulang siar entri Perhabis Duit Untuk Terapi Ozon Sampai Ada Yang Meninggal.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Perhabis Duit Untuk Terapi Ozon Sampai Ada Yang Meninggal.. 4.5 5 Unknown Monday, May 8, 2017 Perhabis Duit Untuk Terapi Ozon Sampai Ada Yang Meninggal.. Oleh : Rafidah Abdullah Perhabis duit untuk ozon terapi konon elak dialis...


No comments:

Post a Comment