Kasihan Ujang Dianiaya Lagi, Dah Berjaya Tergamak Syarikat Upin Ipin 'Buang' Ujang Luah Netizens..

 On Monday, May 8, 2017  

Kasihan Ujang Dianiaya Lagi, Dah Berjaya Tergamak Syarikat Upin Ipin 'Buang' Ujang Luah Netizens..

Kasihan Ujang Dianiaya Lagi, Dah Berjaya Tergamak Syarikat Upin Ipin 'Buang' Ujang Luah Netizens..

Begitulah yang diibaratkan netizens atas nasib yang menimpa Ujang ataupun nama sebenarnya Ibrahim Anon. Jumaat lalu, Ujang telah berkongsikan beberapa gambar mesej perbualan antara beliau dengan bos syarikat yang menerbitkan majalah komik Upin Ipin.

Dalam status tersebut, Ujang menulis bahawanya beliau telah dipecat dalam masa 24 jam hanya menggunakan panggilan telefon sahaja. Sedangkan sebelum ini sanggup merayu-rayu meminta bantuan Ujang ketika baru memulakan operasi untuk menerbitkan majalah komik Upin Ipin.


 
Asalnya malas nak terlibat serik kena tipu..

"Onam tahun yang lalu sobuah syarikat yang tidak di kenali dalam dunia penerbitan dan baru di tubuhkan serta tiada pengalaman terbit komik hantar wakil ko ghumah den mintak tolong ajar teghobitkan komik.Den sebona ey dah bosan dongan dunio penerbitan yang ponoh pengelepetan pada golongan artis," katanya memulakan perasaan yang terkilan.

Merayu-rayu..

"Tapi wakil syarikat tak beghonti datang ghumah dan merayu agar membantu.Den mintak 15k sobulan untuk buek kojo monyediokan konsep,buek pagination,ajar cagho nak apply permit kdn, rekemenkan pengedar, ajar kontrol printing dan monyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah. Tompi sobab syarikat baru....mereka tak mampu nak bayar dan menawarkan untuk bayar rm2k sobulan dan molantik den sobagai penasihat komik."

Akhirnya tetap dipergunakan juga..

" Selopeh onam tahun bejalan dongan baik dan mereka dah pandai....minggu lopeh den pun di beghontikan 24 jam melalui talipun maso den on the way ke Tasik Kenyir.Giliran den pulak merayu ....tapi tak di layan sobab mereka dah tau nak buek sumo bondo tompo bantuan den.

Takpo lah......den ucapkan selamat maju jayo dan kenang daku dalam doa mu. Amin," katanya dalam nada seakan sayu dan sedih.


Luahan Ujang itu telah menarik perhatian netizens malahan ada yang menjadi marah kerana syarikat tersebut memperlakukan Ujang bagaikan kain buruk. Ada di antara netizens yang menyuarakan hasrat mahu memboikot penerbitan Upin & Ipin.

Ajakan boikot..




Ada juga yang menasihati agar jangan turunkan ilmu semuanya pada anak murid, lihatlah balasan yang diterima oleh brader Ujang kata netizens..



Bagaimanapun selepas menyiarkan luahan tersebut, Ujang didatangi SMS dari bos syarikat Nyla Sdn Bhd. Penjelasan oleh bekas majikannya itu membuatkan krisis tersebut memasuki babak baru. Kali ini nama Les Capoque dikaitkan sebagai dalang utama kepada pemecatan Ujang dari syarikat yang menerbitkan majalah komik Upin & Ipin.

Bukan kami tetapi Les Capoque..


Menurut penjelasan tersebut, Ujang dipecat atas arahan Les Capoque yang kononnya mahu mengawal segala-galanya. Nyla terpaksa mengikut arahan kerana lesen dibawah Les Capoque. Bekas majikannya itu juga memohon maaf kerana terpaksa tunduk atas tekanan yang diberikan. - Sozcyili.

Ulang siar entri Kasihan Ujang Dianiaya Lagi, Dah Berjaya Tergamak Syarikat Upin Ipin 'Buang' Ujang Luah Netizens.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kasihan Ujang Dianiaya Lagi, Dah Berjaya Tergamak Syarikat Upin Ipin 'Buang' Ujang Luah Netizens.. 4.5 5 Unknown Monday, May 8, 2017 Kasihan Ujang Dianiaya Lagi, Dah Berjaya Tergamak Syarikat Upin Ipin 'Buang' Ujang Luah Netizens.. Begitulah yang diibaratkan n...


No comments:

Post a Comment