Kenali Pua Khein Seng, Pencipta Pendrive Dari Malaysia.

 On Wednesday, May 10, 2017  

Kenali Pua Khein Seng, Pencipta Pendrive Dari Malaysia.

Kenali Pua Khein Seng, Pencipta Pendrive Dari Malaysia.

Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat Malaysia?

Datuk Pua Khein-Seng
Datuk Pua Khein-Seng
Beliau ialah Pua Khein Seng yang lahir pada tahun 1974. Kini berusia 43 tahun.

Biografi ringkas
 
Dilahirkan di Sekinchan, Selangor, Pua Khein Seng belajar di Malaysia Pin Hwa High School sebelum meninggalkan Malaysia pada usia 19 tahun untuk mengejar ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan kawalan di Chiao Tung University di Taiwan. 
 
Pada tahun ketiga di Chiao Tung , beliau mula menjalankan kajian teknologi memori flash.
 
Pua menubuhkan Phison Electronics pada bulan November 2000 di Hsinchu, Taiwan dengan 4 rakan kongsi dan menghasilkan pemacu USB yang pertama di dunia dengan teknologi sistem atas cip pada tahun 2001. 
 
Syarikat Phison juga telah meningkat naik dengan pantasnya. Mereka telah melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan telah berjaya mendapatkan kembali kesemua modal perniagaan mereka pada Ogos 2001. 
 
Bermula daripada September 2001, segala pendapatan yang diterima oleh mereka adalah merupakan pendapatan bersih. Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun!
 
Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.

Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan dalam melanjutkan pelajaran ke Taiwan dalam bidang kejuruteraan, bagaimanapun memilih untuk kekal menetap di sana dengan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller. 

Menariknya, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pendrive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana di Malaysia. Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan dan menubuhkan syarikat disana. 

Rujukan : Wikipedia, Amanz

Ulang siar entri Kenali Pua Khein Seng, Pencipta Pendrive Dari Malaysia. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kenali Pua Khein Seng, Pencipta Pendrive Dari Malaysia. 4.5 5 Unknown Wednesday, May 10, 2017 Kenali Pua Khein Seng, Pencipta Pendrive Dari Malaysia. Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan d...


No comments:

Post a Comment