Isu Alif Syukri Makan Tepi Jalan, Ini Penjelasan Dari Syarikat Travel.

 On Saturday, July 29, 2017  

Isu Alif Syukri Makan Tepi Jalan, Ini Penjelasan Dari Syarikat Travel.

Isu Alif Syukri Makan Tepi Jalan, Ini Penjelasan Dari Syarikat Travel.

Kisah Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris dan keluarganya makan di kaki lima semasa melawat Switzerland menjadi kontroversi kerana kritikan orang ramai. Antara yang lantang bersuara adalah Chef Wan yang telah beberapa kali melawat Switzerland.
 
Gambar - Saiful Nang
Ada juga pihak yang menyalahkan syarikat travel atas situasi yang berlaku. Untuk rekod, pengasas Rarecation adalah Saiful Nang.

Berikut penjelasan dari Saiful Nang berhubung kejadian tersebut.

Oleh : Saiful Nang 
 
MAKAN DI KAKI LIMA BUKAN GAYA RARECATION

Salam semua. Berikutan dari teguran Chef Wan kepada Dato’ Aliff Syukri yang memuat naik status makan bekalan di sebuah restoran di Zurich Switzerland kemudian mengadu dihalau kerana membawa makanan bungkus dari rumah. Saya fikir itu sangat logik kerana kedai mamak di Malaysia pun tulis besar-besar NO OUTSIDE FOOD ALLOWED.

Tiba-tiba ada pula golongan yang tahu pengembaraan Dato’ Aliff Syukri kali ini disusun oleh Rarecation yang merupakan sebuah syarikat pelancongan yang dikendalikan oleh saya dan pasukan saya. Ada yang mengatakan…”agaknya INILAH YANG RARE dalam pengembaraan Rarecation kot”

Biarlah saya tunjuk 2 gambar ini. Satu ATL makan di kaki lima sementara satu lagi trip Rarecation biasa yang makan di tepi laut di tempat perkelahan yang proper. No! bukan kerana nak cut budget pun kerana di Europe, Australia, NZ, Japan dan seluruh dunia kebanyakannya menyediakan tempat perkelahan awam secara PERCUMA sahaja dengan pemandangan yang lagi cantik dari makan di restoran mahal.
 
INI IALAH PILIHAN ATL dan bukan dalam perancangan kami. Kami hormati keputusan itu selagi tidak menyalahi undang-undang. Janganlah kata travel dengan Rarecation sahaja ATL kena makan di kaki lima sedangkan sebelum ini tidak bersama Rarecation juga beliau di KLIA pun boleh makan atas lantai bersila. Rumah dia lengkap dengan meja mahalpun makan masih nak bersila di dapur. Itu PILIHAN DIA dan sebagai pengendali, kita ikuti apa sahaja yang dimahukan client selagi tidak melanggar undang-undang setempat.

Instagram Alif Syukri
Apa yang dikritik oleh Chef Wan itu ada benarnya dan saya boleh setuju semuanya yang dikatakan. Ada sebahagian trip Rarecation memang kita perlu memasak dan makan secara picnic tapi belum pernah sampai kena makan di tepi kaki lima. Kami boleh sahaja pakejkan pengembaraan kami sekali dengan pakej makan tetapi Rarecation TIDAK SAMA DENGAN SYARIKAT LAIN. Rarecation menekankan PENGALAMAN PENGEMBARAAN bukannya DESTINASI PENGEMBARAAN. Lebih kurang 99% peserta Rarecation mengakhiri trip seperti adik beradik rapat walaupun asalnya tidak kenal mengenali. Bagaimana?
 
Jika kerana jalan-jalan tempat lawa…semua company buat begitu dan sampai tempat lawa semua buat hal sendiri. Masa bila nak berkawan?

Kalau nak tunggu atas bas baru nak berkenalan dengan peserta lain, biasanya naik bas terus tidur. Masa bila nak icebreak?

Kalau di hotel semuanya balik dan pergi ke cafe untuk makan, semua orang akan makan sendiri-sendiri mengikut kawan yang dia kenali dalam trip itu. Masa bila nak berkenal mesra?

Tapi bila kita kena pakat beli barang pasar sama-sama, memandu sama-sama, potong bawang bersama, memasak bersama, dan makan bersama…ada banyak kelebihan pada kebersamaan antara peserta. Dan itu semua PRICELESS. Yang mula-mula komplen kenapa masak sendiripun akhirnya bila nak berpisah dia yang lebih-lebih tangisan Akademi Fantasianya (pusingan penyingkiran). Ini berlaku biasanya dalam trip kategori Rare, Medium Rare & Extreme Rare kami. Untuk trip WELL DONE kami…biasanya makanan disediakan.
 
Dalam satu sudut lain, saya lihat ini permainan ATL yang menyukai publisiti. Tidak kira samaada publisiti murahan atau mahalan padan dia kedua-duanya publisiti yang melariskan penjenamaan diri sendiri dan produk beliau. Lumrahnya, publisiti negatif 10000x lebih laju dari publisiti baik-baik. Dan beliau akhirnya gunakan publisiti negatif itu untuk menaikkan jenama-jenama beliau. Walaupun saya sendiri tak sanggup lakukan sebegitu untuk publisiti, tetapi ternyata cara itu berkesan. Syaratnya, ATL kena tahan hati (memang dia sangat tahan hati kena kecam).

Kesimpulannya ialah, yang dikecam ATL makan di kaki lima itu bukan sebahagian dari perancangan Rarecation. Rarecation punya stail sanggup cari port yang panaromic indahnya hanya nak merasa melayani makan tengahari dan minum petang penuh style dengan menhirup kopi berlatar belakangkan gunung bersalju dan menghadap tasik superlawa dengan air yang sangat bening hingga ke dasar. Tapi rasanya dalam sejarah kami ada sekali perjalanan yang panjang di kawasan berais…last-last berhenti tepi jalan makan tengah-tengah ais di tepi jalan sunyi yang sangat cantik. Itu masa di Iceland lah…lagipun memang tempat tu cantik bukan pasal saja-saja nak makan tepi jalan.

Apa yang berlaku pada ATL semua itu ialah PILIHAN PERIBADI dan bukannya sebahagian dari Rarecation. Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Kapten Aaron yang pada waktu saya menulis disclaimer ini, penerbangan beliau pulang bersama ATL dan keluarganya berada di atas laut Andaman menuju pulang ke Malaysia. Tahniah kerana berjaya menamatkan misi dengan review kepuasan hati pelanggan yang sangat baik. Guys…ini trip ATL dan kami hanya fokus untuk beri yang terbaik untuk pelanggan kami. Jika makan di kaki lima itu yang buat dia happy dan tidak melanggar undang-undang setempat…silakan. Nanti masa anda pula yang jadi pelanggan kami dan citarasa anda suka makan dalam padang ragut, kami juga akan cuba hormatinya.

Tidak semua orang gembira dengan cara yang sama. Yang penting, kita hormat menghormati.

Sekian

SAIFUL NANG
Founder
Rarecation

Ulang siar entri Isu Alif Syukri Makan Tepi Jalan, Ini Penjelasan Dari Syarikat Travel. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Isu Alif Syukri Makan Tepi Jalan, Ini Penjelasan Dari Syarikat Travel. 4.5 5 Unknown Saturday, July 29, 2017 Isu Alif Syukri Makan Tepi Jalan, Ini Penjelasan Dari Syarikat Travel. Kisah Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris dan keluarganya mak...


No comments:

Post a Comment