Cerita Lelaki 'Kaya' Cuci Masjid Adalah Tipu, Pemilik Sebenar Kereta Ferrari Tampil Beri Penjelasan.

 On Saturday, July 29, 2017  

Cerita Lelaki 'Kaya' Cuci Masjid Adalah Tipu, Pemilik Sebenar Kereta Ferrari Tampil Beri Penjelasan.

Cerita Lelaki 'Kaya' Cuci Masjid Adalah Tipu, Pemilik Sebenar Kereta Ferrari Tampil Beri Penjelasan.

Sejak semalam kecoh di laman sosial kisah tentang pemilik sebuah kereta Ferrari merah yang dikatakan sering mencuci tandas masjid setiap hari selepas lelaki itu menunaikan solat sunat Dhuha.

Dalam posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ally Ramly menyatakan pemilik Ferrari berkenaan telah digambarkan sebagai seorang yang ‘biasa-biasa’ dan hanya berpakaian ringkas.

Gambar - Ally Ramly
Kisah, serta gambarnya sedang mencuci dinding tempat mengambil wuduk telah tular di media sosial dengan rata-rata netizen memuji kerja kebajikan yang dilakukan oleh beliau.
 
Rupanya kereta milik Norman KRU
 
Bagaimanapun, perkara itu sebenarnya tidak benar berikutan tindakan beberapa netizens yang mengantoikan penipuan Ally Ramly.
 
Berdasarkan kepada beberapa respon dari netizens yang menulis di ruangan komen, ada yang mendedahkan kereta tersebut sebenarnya dimiliki oleh Norman KRU.
 
Gambar - Viral Media
Norman, atau nama sebenarnya Norman Abdul Halim ketika dihubungi oleh portal Mstar Online pula mengesahkan bahawa kereta Ferrari dalam gambar tular tersebut adalah keretanya berdasarkan nombor pendaftaran yang tertera.

“Memang kereta saya tapi saya taklah cuci masjid di Subang Jaya, jauh tu…saya tinggal di Cyberjaya.

“Gambar kereta saya tersebar dah biasa, yang luar biasa kalau kata saya cuci masjid di Subang Jaya, bukanlah saya tak boleh buat (cuci masjid) tapi Subang Jaya tu jauh sangat,” katanya.

Menurut Norman beliau kini lebih selesa menggunakan kereta biasa untuk urusan harian dan hanya memandu Ferrari tersebut sekali-sekala di kawasan tempat tinggalnya lapor portal itu lagi.

Mengenai nombor pendaftaran kereta yang telah tersebar, Norman mengakui agak sukar untuk menyembunyikannya memandangkan beliau sudah lama berada dalam industri hiburan tanahair.

“Bila dah lama, ada banyak benda yang tak boleh kita simpan sebagai maklumat peribadi.

“Kadang-kadang ia tersebar tanpa kita tahu, kadang-kadang ada benar, ada salah,” katanya.

Semakan kami mendapati Ally Ramly telah memadamkan posting berkenaan di Facebook beliau. - Sozcyili.

Ulang siar entri Cerita Lelaki 'Kaya' Cuci Masjid Adalah Tipu, Pemilik Sebenar Kereta Ferrari Tampil Beri Penjelasan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Cerita Lelaki 'Kaya' Cuci Masjid Adalah Tipu, Pemilik Sebenar Kereta Ferrari Tampil Beri Penjelasan. 4.5 5 Unknown Saturday, July 29, 2017 Cerita Lelaki 'Kaya' Cuci Masjid Adalah Tipu, Pemilik Sebenar Kereta Ferrari Tampil Beri Penjelasan. Sejak semalam kecoh di la...


No comments:

Post a Comment