Kutip Cukai Dari 'Orang Mati', LHDN Tampil Mohon Maaf.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon maaf atas kesilapan dan kecuaian menghantar surat tunggakan kepada seorang pembayar cukai yang turut diletakkan status sebagai telah meninggal dunia yang kemudian ditularkan.
LHDN dalam kenyataan pada Jumaat mengakui berlaku kesilapan data borang dan kecuaian dalam menentukan status pembayar cukai.
"Melalui semakan lanjut yang dibuat, LHDN mendapati pembayar cukai masih hidup dan dengan ini ingin memohon maaf kepada pembayar cukai tersebut atas kesilapan yang berlaku,” demikian menurut kenyataan itu.
Agensi itu juga berkata surat permohonan maaf akan dihantar kepada pembayar cukai tersebut dan tindakan bersesuaian akan diambil bagi mengelakkan kesilapan seumpama daripada berulang.
Sebelum ini, tular mengenai seorang polis bantuan, Amran Mohamed, 45 terkejut selepas menerima surat daripada agensi berkenaan yang meminta warisnya menjelaskan cukai tertunggak berjumlah RM1,728.50 selain meletakkan statusnya sebagai telah meninggal dunia.
Menurut LHDN ia sedang membuat semakan bagi menentukan sama ada pembayar cukai itu masih mempunyai tunggakan seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut atau sebaliknya, dan akan mengemas kini data pembayar cukai berkenaan dengan kedudukan cukai beliau setelah semakan terperinci dilakukan.
Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa menurut Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967, agensi berkenaan mempunyai kuasa untuk membuat tuntutan baki cukai tertunggak kepada waris sah mana-mana individu yang meninggal dunia (si mati).
"Sekiranya waris sah si mati tidak mempunyai kemampuan untuk membayar tunggakan tersebut secara sekali gus, LHDN menasihatkan waris sah si mati mengunjungi pejabat LHDN untuk perbincangan bayaran secara ansuran,” katanya.
Kenyataan turut menjelaskan layanan cukai pendapatan bagi individu yang telah meninggal dunia adalah untuk pendapatan yang diterima sehingga tarikh kematiannya dan akan dikenakan cukai atas pendapatan individu berkenaan walaupun taksiran akan dibuat atas nama wakil sah.
"Sebagai contoh, dalam tahun 2015, A meninggal dunia pada 1.6.2015. Oleh itu, pendapatan yang diterima mulai 1.1.2015 sehingga 31.05.2015 akan ditaksir sebagai pendapatan si mati A dalam tahun 2015 dan taksiran akan dibuat atas nama wakil atau waris sah si mati A,” demikian menurut kenyataan itu.-
Menurut kenyataan itu sebarang pendapatan yang diperoleh selepas tarikh kematian tidak akan dianggap sebagai pendapatan si mati sebaliknya dianggap pendapatan harta pusaka individu yang meninggal dan ditaksir atas nama waris sah atau pentadbir harta pusaka.
Kadar cukai yang dikenakan ke atas waris sah atau pentadbir harta pusaka adalah sama dengan kadar cukai yang dikenakan ke atas individu dan mereka.
Sekiranya si mati mempunyai lebihan kredit, LHDN berkata waris sah boleh menuntut bayaran balik dengan membawa beberapa dokumen antaranya sijil kematian, salinan surat pentadbir harta pesaka dan surat akuan sumpah jika pembayar cukai tidak mempunyai harta.
Bagi tunggakan cukai yang wujud apabila baki cukai gagal dibayar dalam tahun semasa sehingga melangkau ke tahun taksiran berikutnya, waris sah bertanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran tunggakan itu.
Bagaimanapun sekiranya waris sah si mati tidak mampu untuk menyelesaikan baki cukai tersebut, aturan bayaran boleh dilakukan secara budi bicara. - Bernama
LHDN dalam kenyataan pada Jumaat mengakui berlaku kesilapan data borang dan kecuaian dalam menentukan status pembayar cukai.
"Melalui semakan lanjut yang dibuat, LHDN mendapati pembayar cukai masih hidup dan dengan ini ingin memohon maaf kepada pembayar cukai tersebut atas kesilapan yang berlaku,” demikian menurut kenyataan itu.
Gambar - Amran Mohamed |
Sebelum ini, tular mengenai seorang polis bantuan, Amran Mohamed, 45 terkejut selepas menerima surat daripada agensi berkenaan yang meminta warisnya menjelaskan cukai tertunggak berjumlah RM1,728.50 selain meletakkan statusnya sebagai telah meninggal dunia.
Facebook - Amran Mohamed |
Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa menurut Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967, agensi berkenaan mempunyai kuasa untuk membuat tuntutan baki cukai tertunggak kepada waris sah mana-mana individu yang meninggal dunia (si mati).
"Sekiranya waris sah si mati tidak mempunyai kemampuan untuk membayar tunggakan tersebut secara sekali gus, LHDN menasihatkan waris sah si mati mengunjungi pejabat LHDN untuk perbincangan bayaran secara ansuran,” katanya.
Kenyataan turut menjelaskan layanan cukai pendapatan bagi individu yang telah meninggal dunia adalah untuk pendapatan yang diterima sehingga tarikh kematiannya dan akan dikenakan cukai atas pendapatan individu berkenaan walaupun taksiran akan dibuat atas nama wakil sah.
"Sebagai contoh, dalam tahun 2015, A meninggal dunia pada 1.6.2015. Oleh itu, pendapatan yang diterima mulai 1.1.2015 sehingga 31.05.2015 akan ditaksir sebagai pendapatan si mati A dalam tahun 2015 dan taksiran akan dibuat atas nama wakil atau waris sah si mati A,” demikian menurut kenyataan itu.-
Menurut kenyataan itu sebarang pendapatan yang diperoleh selepas tarikh kematian tidak akan dianggap sebagai pendapatan si mati sebaliknya dianggap pendapatan harta pusaka individu yang meninggal dan ditaksir atas nama waris sah atau pentadbir harta pusaka.
Kadar cukai yang dikenakan ke atas waris sah atau pentadbir harta pusaka adalah sama dengan kadar cukai yang dikenakan ke atas individu dan mereka.
Sekiranya si mati mempunyai lebihan kredit, LHDN berkata waris sah boleh menuntut bayaran balik dengan membawa beberapa dokumen antaranya sijil kematian, salinan surat pentadbir harta pesaka dan surat akuan sumpah jika pembayar cukai tidak mempunyai harta.
Bagi tunggakan cukai yang wujud apabila baki cukai gagal dibayar dalam tahun semasa sehingga melangkau ke tahun taksiran berikutnya, waris sah bertanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran tunggakan itu.
Bagaimanapun sekiranya waris sah si mati tidak mampu untuk menyelesaikan baki cukai tersebut, aturan bayaran boleh dilakukan secara budi bicara. - Bernama
Ulang siar entri Kutip Cukai Dari 'Orang Mati', LHDN Tampil Mohon Maaf. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment